AARON AZIZ ROSAKKAN INDUSTRI SENI NEGARA – ZED ZAIDI | Aaron Aziz menegur aktor Zed Zaidi yang mempersoalkan kemenangannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) Ahad lalu. Hmm….ape la nak jadi dengan industri seni nie. Ade jea sikap tak puas hati atau PHD.
Aaron berkata Zed yang menjadikan faktor kenegaraan bagi mempertikaikan kemenangannya adalah satu pemikiran yang tidak matang apatah lagi ia datangnya daripada Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
“Saya tak boleh nak halang dia untuk menulis apa sahaja dalam entri Twitter miliknya kerana itu hak masing-masing.
“Cuma jika begitulah pemikiran dia yang juga merupakan orang penting dalam Seniman, saya rasa, dia tak cukup matang. Apa-apa komennya itu tidak menjejaskan saya,” katanya.
Aaron diminta mengulas mengenai entri menerusi Twitter milik Zed pada Ahad lalu yang dilihat seperti kecewa di atas kemenangan Aaron, seorang warga negara Singapura. Zed secara menyindir turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengundi pelakon itu kerana ia dilihat seperti menggalakkan artis luar merosakkan industri seni tempatan.
Dalam pada itu, Aaron menambah, dia percaya seni lakonan tiada sempadan dan isu kenegaraan sebenarnya tidak perlu dibangkitkan apatah lagi dia tidak pernah mengganggu “periuk nasi” Zed Zaidi selama ini.
“Apa juga jenis seni sekalipun, ia sebenarnya tiada sepadan. Lagipun kemenangan ini adalah pilihan orang ramai. Kalau saya kacau periuk nasi dia, lainlah. Insya-Allah, kalau dia masuk pertandingan saya akan undi dia,” sindir Aaron.
Sementara itu, Aaron berharap permohonannya untuk mendapat taraf penduduk tetap negara ini dapat diluluskan dengan segera bagi membolehkannya melebarkan sayap sebagai pelakon.
“Insya-Allah kalau dah ada kerakyatan nanti boleh dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia (FFM) atau anugerah lain yang dinilai secara profesional. Dari situ nanti barulah kita tahu sama ada saya sebenarnya adalah seorang pelakon yang baik atau tidak,” katanya.
Kalau perkara macam nie berterusan rasanya makin kecil la industri seni negara. Atau mungkin maksud Zed Zaidi pelakon tempatan nie dah takde kualitinya. Tapi rasanya kalau sentuh soal kemenangan, Aaron Aziz memang layak kalau nak dibandingkan dengan calon-calon yang ada.
p/s: Apa kata peminat Aaron Aziz???
AARON AZIZ ROSAKKAN INDUSTRI SENI NEGARA - ZED ZAIDI,



















{ 7 comments… read them below or add one }
jd jahanam la jwbnye.hahahahahaha.blakon ntah ape2, ade hati nak sound org.muke dh la mcm sireh
muke sirehhh? hahahahhahaha….lakonan mantap dia lam sembilu 2011 tak tgk ke?
lakonan mantap/bkn dlm sembilu tp citer semalu 2012.hahahahaha.buat malu org malaysia jer.dh la org lame seniman x suke die ni, bile die jd jer presiden seniman lg la blagak nk mampus.mcm bgs2 jer.x blh blah la bro…..
Para peminat dan para pelakon khususnya di Malaysia seharusnya berbangga mempunyai pelakon seperti Aaron Aziz.. walaupun beliau berasal dari Singapura.. namun popularitinya dilahirkan di Malaysia.. Apatah lagi beliau sendiri berhasrat untuk menjadi warga Malaysia… ini menggambarkan betapa penuh bermaknanya Malaysia dalam hidupnya…
Sebagai peminat.. kehebatan beliau memang tidak dapat dinafikan…
Zed Zaidi sepatutnya tidak bersikap sedemikian… kenyataan beliau hanya menjatuhkan nama beliau dan menggambarkan keperibadian beliau yang kurang menyenangkan… pada mulanya saya juga peminat beliau… namun dengan sikap begitu… dah tak minatlah…
Kenyataan Aaron Aziz lebih profesional berbanding Zed Zaidi … persoalannya layak kah beliau membuat kenyataan sedemikian??? berapa banyak anugerah diterimanya??? popular sangatkah??? banyakkah peminatnya???
Minta maap la mr.zed zaidi oi….. agak2 filem2 yang meletop last year tu kalo ditukar watak aaron itu tu nak bagi kat sape ek? yang penting skali… meletop ke filem 2 kalo org lain amik watak aaron 2? btw… kalo xnak org luar merosakkan industri seni MALAYSIA ni… buat la syarat yg diorang xblh betanding… ni jgn la umah dah siap baru sibuk nk nak memahat balik…. bising… orang nk tido nyenyak pun xbley… setakat bidang seni… bukan anugerah 2 boleh bawak p kubur pun… macammana nk kembang kalo ada dengki bagai… ni bukti artis malaysia dah kurang kualitinya… so bangkit la balik… toksah nk dengki2 bagai… tahapepe… ngat org seni ni lg open minded!
kalau zed zaidi yang pegang watak tuh ape jadik ehh? sila cuba bayangkan…….
jd jahanam la jwbnye.hahahahahaha.blakon ntah ape2, ade hati nak sound org.muke dh la mcm sireh
SUMBER: ABGTEROR.COM: http://www.abgteror.com/aaron-aziz-rosakkan-industri-seni-negara-zed-zaidi/#ixzz206lro6p1