AL-FATIHAH | BEKAS SUAMI ATILIA MENINGGAL DUNIA

by abgteror on August 7, 2013

in Hiburan

AL-FATIHAH | BEKAS SUAMI ATILIA MENINGGAL DUNIA | Takziah diucapkan buat keluarga bekas suami kepada penyanyi Atilia Haron, Ariff Johan Abdul Jalil yang dilaporkan sudah meninggal dunia akibat penyakit kanser hati, awal pagi tadi.

Berita kematian Ariff dikongsikan oleh Atilia menerusi laman Instagramnya dan jenazah akan disembahyangkan di Masjid Bukit Damansara, petang ini.

ATILIAA

Pasangan ini pernah mendirikan rumahtangga pada 18 Disember 1998 namun bercerai selepas 10 tahun bersama. Sepanjang bersama, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Atilia dan Ariff pernah menjayakan rancangan Sehati Berdansa musim pertama pada 2007.

SEMENTARA itu penyanyi evergreen, Salamiah Hassan yang juga adalah bekas ibu mertuanya berkata kepada portal Murai, walaupun Ariff Johan dan Atilia sudah lama berpisah, namun pemergian Ariff Johan benar-benar menyedihkan buat dia sekeluarga.

“Waktu saya melawat dia di hospital sebelum kematian dia, dia masih ingat saya lagi. Sedih sekali, dia pergi pada usia yang muda dan saya pasti ibunya adalah orang yang paling sedih sekali di atas kematiannya itu,” katanya.

Jelas Salamiah Hassan lagi, sebelum disahkan menghidap penyakit kanser hati, Ariff Johan sendiri tidak menyedari tentang penyakit itu, namun dia seringkali tidak berselera untuk makan.

“Bapa dia ingat dia mahu diet. Tapi, bila dia buat medical check up, barulah dia dapat tahu dia menghidap penyakit kanser hati dan ianya sudah pun berada di tahap yang keempat.

“Tak sangkakan? Buat semua, hargailah orang-orang yang menyayangi kita terutama yang mereka yang rapat dan sentiasa berada di sekeliling kita. Hidup ini terlalu pendek dan kita tidak akan tahu bila masa kita akan pergi,” katanya lagi.

Jenazah arwah akan dikebumikan di tanah perkuburan orang-orang Islam di Bukit Kiara selepas Zuhur nanti.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
AL-FATIHAH | BEKAS SUAMI ATILIA MENINGGAL DUNIA, 10.0 out of 10 based on 1 rating
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror