AMARAN BANJIR DI KELANTAN, TERENGGANU DAN PAHANG ESOK

by abgteror on December 5, 2011

in Bencana

AMARAN BANJIR DI KELANTAN, TERENGGANU DAN PAHANG ESOK | Berikutan hujan yang berterusan dibeberapa negeri di Semenanjung Malaysia, disarankan agar penduduk sentiasa bersedia dalam menghadapi bencana banjir. Beringat sebelum terkena. Pastikan keselamatan nyawa ahli keluarga terjamin terlebih dahulu sebelum menyelamatkan barang-barang berharga.

Akibat daripada hujan sekejap-sekejap dan kadang kala sederhana di Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka berterusan sehingga malam esok, yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia malam tadi, keadaan itu akan berlaku di Pasir Mas, Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh dan Machang di Kelantan.

Keadaan sama juga dijangka berlaku di Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun di Terengganu dan Kuantan, Pekan dan Maran di Pahang, kata jabatan itu dalam kenyataan di sini.

-

>>>RAMALAN KAJI CUACA<<<

-

>>>INFO BANJIR TERKINI<<<

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror