AMARAN BANJIR DI PERLIS | 4 PINTU AIR EMPANGAN DIBUKA | 11 SEPTEMBER 2011 | Assalamualaikum dan salam satu blogger. Apecerrrr Perlis nie? Dah banyak ari ujan tak berenti. Air Siam dok melimpah masuk ke Empangan. Walaupun kini berada di KL, abgteror hanya mampu menghulurkan simpati jika Perlis dilanda banjir lagi tahun nie (sedikit dengki sebab takde kat sana). Kalau ade leh ronda-ronda bantu penduduk kampung ape yang patut. Beberapa kawasan rendah di Perlis mula dinaiki air hari ini susulan hujan lebat sejak tiga hari lepas.
4 kawasan telah menunjukkan tanda amaran bahaya banjir iaitu:
Kampung Sungai Bakau / Rainfall=136mm,Water Level=2.92m
Kampung Tungga / Rainfall=86mm,Water Level=12.3m
Batu Bertangkup / Rainfall=123mm,Water Level=24.59m
Sungai Jarum / Rainfall=89mm,Water Level=33.72m
Tinjauan mendapati antara lokasi yang kini dilanda banjir ialah Beseri dan Bintong, namun setakat ini belum ada penduduk di kampung kawasan terbabit dipindahkan.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yang ditemui di sini berkata, kerajaan negeri telah membuka bilik gerakan banjir di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ketika dihubungi memberitahu pihaknya telah membuka empat pintu Empangan Timah Tasoh pada tengah hari ini dan paras air pula ialah pada 29.18 meter, berbanding paras bahaya 29.80 meter.



















{ 0 comments… add one now }