ANGKARA FACEBOOK, LELAKI MATI DIBUNUH | Siapa kata Facebook tak membunuh? Di Taipei, seorang lelaki bernama Chuang mati dibunuh oleh suami kenalan Facebooknya kerana bahasa-bahasa yang disalah ertikan oleh si suami wanita yang bernama Chen itu. Chen dan Chuang tidak menjalinkan hubungan sulit tetapi kejadian berlaku hanya kerana gurauan di Facebook diketahui suami Chen.
Dalam update status Chen, Chen berkata “dia lapar Mc Donald. Ada tak lelaki yang baik hati nak bawa dia makan.” Dan kemudian Chuang menjawab “saya dah nak sampai ke rumah anda”.
Suami Chen yang terbaru status itu kemudian bertengkar dengan isterinya dan kemudian bertindak menghubungi Chuang untuk berjumpa. Mereka kemudiannya berjumpa di sebuah bar dan suami Chen turut membawa 3 orang rakan dan terus memukul Chuang hingga tidak sedarkan diri. Mereka kemudia meninggalkan mangsa selepas menelefon polis mengatakan mereka terjumpa mayat di depan bar itu. Mereka kesemuanya akhirnya ditangkap untuk siasatan lanjut.
Hmm…..macam-macam hal dengan Facebook nie. Rasanya di Malaysia pun banyak kes sehingga meruntuhkan rumahtangga akibat cinta cyber atau keterlajuran bahasa yang digunakan. Jadi seeloknya cukuplah sekadar ala kadar penggunaan Facebook nie. Takde banyak kebaikannya pun. Jangan sampai dah kene cubit baru nak rasa sakit…..
ANGKARA FACEBOOK, LELAKI MATI DIBUNUH - KES NAYA,


















{ 4 comments… read them below or add one }
facebook nie ada baik dan ada buruknya.. haishhh…
skandal berleluasa skang nih….
terlebih pukul tu
igt nk bg cedera parah je
apa la korang ni..pasal facebook pun korang nak bunoh membunoh ke..