ARIEL PETERPAN BAKAL DIBEBASKAN 23 JULAI INI | Siapa yang tak tahu kes Ariel Peterpan, Luna Maya dan Cut Tari yang menggegarkan dunia hiburan rantau ini tatkala nama dan muzik kumpulan Peterpan sedang meningkat naik dan digilai para peminat muzik.
Akibat daripada video Ariel Peterpan dan Luna Maya yang tersebar luas di internet, akhirnya Ariel Peterpan terpaksa akur dan menerima hukuman mahkamah keatasnya. Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham sepatutnya akan dibebaskan pada tahun 2013 selepas Hakim menjatuhkan hukuman terhadapnya. Namun Ariel bakal dibebaskan awal dari tarikh sebenarnya dia dibebaskan iaitu pada 23 Julai 2012.
ARIEL PETERPAN BAKAL DIBEBASKAN 23 JULAI INI,“Pembebasan ini adalah bertepatan dengan peraturan kerana Ariel sudah menjalani 2/3 masa hukumannya. Selain itu, dia juga telah menjalani asimilasi dan berkelakuan baik sepanjang di Lembaga Pemasyarakatan,”ujar Ketua Divisi Kemasyarakatan, Kemenkumham (Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia Republik Indonesia), Dedi Sutardi kepada KapanLagi, Isnin.


















{ 0 comments… add one now }