AUDY ITEM DITUDUH HAMIL LUAR NIKAH

by abgteror on July 19, 2012

in Hiburan

Post image for AUDY ITEM DITUDUH HAMIL LUAR NIKAH

AUDY ITEM DITUDUH HAMIL LUAR NIKAH | Penyanyi top Indonesia, Audy Item membidas kenyataan daripada media negaranya yang menuduh dia telah mengandung sebelum bernikah dengan pelakon Iko Uwais pada 25 Jun lalu. Audy atau nama sebenarnya Paula Allodya Item, 29, berkata, berita itu hanyalah gosip rekaan media negaranya yang gemar membuat tuduhan sekiranya terdapat artis yang bernikah tanpa membuat sebarang pengumuman.

Walaupun pelbagai spekulasi dan tuduhan yang dilemparkan dia tidak mengambil endah masalah berkenaan. Sebaliknya, dia mahu memberi fokus kepada kehidupan baru bagi menggalas tanggungjawab sebagai isteri terhadap suaminya.

“Itu hanya gosip. Di Jakarta, apabila pasangan artis itu berkahwin secara tiba-tiba, pihak media di sana akan membuat pelbagai tuduhan termasuklah menuduh kita hamil sebelum nikah.

“Sama juga dengan saya di mana mereka lihat kami baru sahaja menjalinkan hubungan cinta pada awal Februari lalu dan kini, sudah bergelar suami isteri.

“Bagaimanapun, seperti yang anda lihat, saya tidak hamil, tetapi saya teringin untuk mendapatkan anak bersama Iko nanti,”katanya.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.0/10 (2 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
AUDY ITEM DITUDUH HAMIL LUAR NIKAH, 7.0 out of 10 based on 2 ratings

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: