AZIZULHASNI AWANG CEDERA LAGI MENJELANG OLIMPIK | Azizulhasni, antara prospek pingat pada Sukan Olimpik kali ini melalui detik cemas mengalami kemalangan yang hampir serupa ketika kaki kirinya tertusuk serpihan trek di Manchester Februari 2011.
Tiga hari menjelang perasmian Sukan Olimpik 2012 London, kem basikal trek negara dikejutkan dengan kemalangan di atas trek yang dialami oleh jaguh keirin, Azizulhasni Awang di Koln, Jerman semalam.
Akibat kemalangan tersebut, pelumba yang mendapat jolokan The Pocketrocketman itu cedera paha, lengan dan bahu kanan. Selain calar, beberapa serpihan kecil trek tercucuk di bahagian yang cedera, setelah dia terjatuh ketika menyertai pra perlumbaan acara pecut.
Kulitnya terkoyak pada bahagian kecederaan lazim yang dialami pelumba iaitu pada lengan, bahu dan paha. Apa yang dapat diharapkan agar Azizulhasni agar pulih dari kecederaan dan mungkin dapat beraksi dalam acara kegemarannya kerana beliau merupakan salah satu atlet harapan negara dalam menyumbang pingat emas sukan Olimpik 2012 yang bakal menjelma tidak lama lagi.
AZIZULHASNI AWANG CEDERA LAGI MENJELANG OLIMPIK,


















{ 0 comments… add one now }