BANTUAN BAUCHER BUKU RM200 UNTUK IPTA & IPTS | SYARAT-SYARAT PENERIMAAN

by abgteror on December 16, 2011

in Pendidikan

BANTUAN BAUCHER BUKU RM200 UNTUK IPTA & IPTS | SYARAT-SYARAT PENERIMAAN | Bermula Jan 2012, pelajar IPTA, IPTS dan pelajar tingkatan 6 akan mula menerima bantuan baucher buku RM200 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012 yang lepas. Pelajar akan menerima 4 baucher dimana satu baucher bernilai RM200. Untuk mendapatkan baucher tersebut, pelajar perlu mematuhi beberapa syarat yang diberikan. antara syarat-syarat utama penerimaan bantuan baucher buku RM200 ialah:
-
  1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D, matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di Tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
  2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
  3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor Pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.
  4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.
  5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
  6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;
  7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.
  8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.0/10 (2 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: -1 (from 1 vote)
BANTUAN BAUCHER BUKU RM200 UNTUK IPTA & IPTS | SYARAT-SYARAT PENERIMAAN , 8.0 out of 10 based on 2 ratings
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 3 comments… read them below or add one }

PRAKASH A/L PERIAKARUPPAN January 16, 2012 at 09:56

I am studing part time at OUM and wanted to apply for baucher RM 200 for my education.Please guide me how to apply??where should i go to apply the form??

Reply

abgteror January 16, 2012 at 13:45

The distribution of vouchers and books to students made ​​by universities itself in January 2012. Please contact the university management for further information. Thanks.

Reply

hazlina lyana April 6, 2013 at 21:32

am studing in one of d ipts its semi u under postgraduate in foundation how about me will i get d br1m voucher?

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror