BANTUAN RM500 KEPADA KAKITANGAN AWAM BERPENDAPATAN KURANG RM3000

by abgteror on October 10, 2011

in Rakyat

BANTUAN RM500 RAKYAT KEPADA ISI RUMAH BERPENDAPATAN KURANG RM3000 | BAJET 2012 | Dengan pengumuman Bajet 2012 yang lepas, satu perkara menarik yang diumumkan pastinya ditunggu ramai oleh kakitangan awam ialah bantuan RM500 kepada yang berpendapatan isi rumah bawah RM3000. Bantuan ini hampir menyerupai bantuan atau rebat terhadap cukai jalan yang pernah diberi kepada rakyat.

Apa yang menjadi persoalan ialah belum ada pengumuman khusus berkenaan bila ianya dibuka dan bilakah kakitangan awam yang layak boleh memohon. Diharap pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri mengambil langkah untuk mengumumkan perkara ini lebih awal bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai berhubung kaedah yang membolehkan mereka menebus bantuan ini.

Dalam Bajet 2012 yang lalu, kerajaan mengumumkan bantuan sebanyak RM500 kepada isi rumah dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 dan ke bawah. Langkah ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk mengurangkan kesan peningkatan kos sara hidup ke atas golongan berpendapatan rendah. Sebanyak 3,4 juta atau 53% daripada jumlah isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini.Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1.8 bilion. Untuk layak, ketua isi rumah masing-masing perlu mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang diamanahkan untuk melaksanakan program ini. Bantuan ini akan diagihkan melalui bank-bank dan pejabat pos.

Sebarang tindak balas pihak berwajib atau bila perkara ini telah dikemas kini, ianya akan diupdate ke dalam blog ini khusus untuk memudahkan kakitangan awam yang layak memohon bantuan ini.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 1 comment… read it below or add one }

lee joo seng January 13, 2013 at 22:08

Kelajaan bila bagi kita rm 500 ?

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror