BANTUAN RM500 PENDAPATAN ISI RUMAH KURANG RM3000 JANUARI 2012

by abgteror on October 12, 2011

in Rakyat

BANTUAN RM500 PENDAPATAN ISI RUMAH KURANG RM3000 MULAI JANUARI 2012 | Kerajaan menimbang mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai Januari 2012.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pengagihan bantuan wang tunai itu yang boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat, tanpa penetapan masa, akan dilakukan secepat mungkin mulai Januari depan.

Bantuan “one off” atau sekali sahaja itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 minggu lepas.

Awang Adek berkata, kerajaan mengenal pasti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi utama perlaksanaan bantuan itu.

“Ini kerana agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif antara agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011, di sini hari ini.

Awang Adek berkata, LHDN difahamkan turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 3 comments… read them below or add one }

CIH November 24, 2012 at 16:55

http://onlyinmalaysiamah.com/?ref=CIH

You can start making RM100, RM500, even RM1,000+ every day working at home from your computer.

Reply

Khalid bin Mohd Yosof November 4, 2012 at 00:14

Buat pengetahuan pihak tuan ,isteri saya menjawat jawatan sebagai guru diKPM.Kalau pendatan isi rumah kami melebihi RM3000.Tapi saya sebagai ketua keluargaatau ketua isi rumah hanya berpendapatn bersih cumaRM1200.Segala urusan perbelanjaan keluarga adalah tanggungjawab saya. Saya rasa dengan pendapatan saya sebanyak yang tersebut,saya sangat-sangat berharap agar meluluskan permohonan BR1M kali kedua ini.
Sekian dan terimakasih.

Reply

Khalid bin Mohd Yosof November 4, 2012 at 00:06

Saya seperti nama diatas,ingin mendapat pendapat pihak LHDN untuk melayakkan saya mendapat bantuan BR1M kali kedua. Menurut berita yang saya baca dari surat khabar Utusan Malaysia sehari selepas pengumuman bajet 2013,ketua isi rumah yang berpendatan bawah RM3000 layak mene rima BR1M kedua.Sya,kakitangan swasta yang berpendatan bulanan bersih 1200 sebulan.Adakah saya layak menerima bantuan tersebut.Sekian terimakasih.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror