BAS REMPUH TEMBOK PLAZA TOL RAWANG – 3 MAUT | Tiga termasuk pemandu bas maut manakala tiga lagi cedera selepas bas persiaran yang mereka naiki melanggar tembok pembinaan plaza tol baru Sungai Buaya, Rawang di KM434 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan pada pukul 1.50 pagi tadi.
Bas yang membawa 48 penumpang dari Chenderiang, Perak, menuju ke Melaka itu hilang kawalan sebelum melanggar tembok dan terbalik di atas lebuh raya. Mangsa yang maut ialah pemandu bas S.Velmurugu, 44, serta dua penumpang iaitu K.Vimala, 54, dan M.Setap, 46.
Mayat ketiga-tiga mangsa itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat. Tiga penumpang yang cedera ialah R.Fahdilah, 14, dan Raja Nor Hayer Raja Yusof, 57, masing-masing patah tangan kanan manakala Salbiah Abdul Rahman, 64, pula mengalami kecederaan di kepala.
Kesemua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. Keadaan cuaca amat baik tetapi lokasi kemalangan dilaporkan gelap kerana tiada lampu jalan.
BAS REMPUH TEMBOK PLAZA TOL SUNGAI BUAYA - 3 MAUT,


















{ 0 comments… add one now }