BAYARAN PENCEN DAN BAYARAN KHAS PESARA 16 DISEMBER 2011

by abgteror on December 9, 2011

in Penjawat Awam

BAYARAN PENCEN DAN BAYARAN KHAS PESARA 16 DISEMBER 2011 | Pembayaran pencen dan Bayaran Khas Pesara kali kedua akan dibuat pada 16 Disember ini sempena sambutan Krismas. Menurut kenyataan Jabatan Perkhdimatan Awam, hari ini, penerima yang dibayar melalui bank boleh menuntut pembayaran pencen dan bayaran khas berkenaan di bank-bank yang terbabit pada tarikh berkenaan. Bayaran khas sebanyak RM500 itu pula akan dikredit terus ke akaun bank penerima pencen termasuk penerima di bawah Skim B.

“Dengan itu, penerima pencen di bawah Skim B tidak perlu mengisi borang tuntutan pencen di kaunter bank bagi mengeluarkan RM500 itu,” kata kenyataan itu.

Bayaran Khas Pesara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika beliau membentangkan Belanjawan 2012, Oktober lalu. Penerima pencen yang menerima waran pencen bertarikh 17 hingga 31 Disember boleh
menunaikan waran mereka mulai 16 Disember. Maklumat lanjut boleh didapati daripada Pusat Panggilan Setempat di talian 03-88854906/4475/4476/4478/4479.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: