BAYARAN TUNGGAKAN KENAIKAN GAJI SSM DITERIMA MAC ATAU APRIL

by abgteror on March 8, 2012

in Penjawat Awam

BAYARAN TUNGGAKAN KENAIKAN GAJI SSM DITERIMA MAC ATAU APRIL | Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.

“Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing.

“Ini kerana gaji tersebut perlu dikira semula, tetapi bagus juga kalau ia dibayar sekali gus,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.

Dalam perhimpunan tersebut, Najib mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana serta pelarasan antara tujuh peratus hingga sembilan peratus untuk kumpulan lain.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.7/10 (3 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +2 (from 2 votes)
BAYARAN TUNGGAKAN KENAIKAN GAJI SSM DITERIMA MAC ATAU APRIL, 9.7 out of 10 based on 3 ratings

{ 3 comments… read them below or add one }

kongkekman March 25, 2012 at 10:50

n…nampak nyo kerajaien skrg nie ‘sugar pm’ semua kasie..gereja kasie tokong kasie kuil kasie..sano sinie kasie…takut2 esok doh…kering…tapie tak pa dio kato kerajien ado duit….mungkin jugak kalo…lebeh baek .kasie keringkein sebelum kerajaan pembangkang monang….i dont know anything can happened..waits n c

Reply

pak chu March 11, 2012 at 06:34

apa2 bersyukur dengan apa yang diberikan.kepada golongan selain kakitangan awam,jgn terlalu dengki dengan kami.apasal dulu tak mintak kerja kerajaan.atau tak……..kot

Reply

abgteror March 11, 2012 at 11:12

rezeki masing-masing yea tak pak chu….

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: