BAYI AJAIB DILAHIRKAN TANPA DARAH

by abgteror on January 28, 2012

in Berita

BAYI AJAIB DILAHIRKAN TANPA DARAH | Bagaikan satu keajaiban, seorang bayi yang mengejutkan dunia sains perubatan kerana dilahirkan tanpa darah dalam tubuh badannya, didapati sihat seperti bayi normal yang lain. Oliver Morgan ketika dilahirkan, doktor tidak dapat mencari denyutan nadi dan jantungnya selama hampir 25 minit apabila tubuh badannya berada dalam keadaan pucat serta tidak bernyawa.

Bagaimanapun Oliver dapat diselamatkan dari sebarang ancaman apabila doktor memberikan oksigen tambahan serta memasukkan darah ke dalam tubuhnya. Setelah puas berusaha, akhirnya nadi dan degupan jantung Oliver dapat didengar sekali gus memberikan perasaan lega kepada para doktor yang menyambut kelahirannya.

Katy, 36, ibu kepada Oliver menyifatkan kejadian itu merupakan perkara yang paling tragis berlaku dalam hidupnya hinggakan dia tidap dapat memberitahu cerita sebenar kepada anaknya itu hingga kini.

“Melahirkan Oliver adalah saat yang paling tragis dan membuatkan saya trauma untuk memberitahu hal yang sebenar kepada Oliver.

“Dia lahir tapi ‘mati’, tetapi sekarang dia mampu duduk dan tersenyum kepada saya.

“Para doktor telah berusaha mengembalikan kehidupan Oliver dan pastinya sukar untuk saya mengucapkan terima kasih kepada mereka,” kata Katy.

Oliver kini berusia 15 bulan hidup bahagia dan kesihatannya berada dalam keadaan baik. Dia hampir mati akibat kehilangan darah yang banyak di mana penyakit itu di panggil ‘ Vasa Previa’ yang membentuk satu urat tambahan di dalam rahim ibunya.

Sewaktu mengandungkan Oliver, Katy telah mengalami tumpah darah pada minggu ke 37 kehamilannya dan dia terus dikejarkan ke Hospital Besar Maidstone. Akibat dari komplikasi itu, doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi mengeluarkan Oliver.

Bagaimanapun, para doktor terkejut apabila mendapati Oliver tidak bernyawa dan terpaksa dibawa ke unit penjagaan khas bayi di mana doktor memutuskan untuk menurunkan suhu badannya bagi mengelakkan otaknya rosak. Oliver telah diletakkan di dalam ‘inkubator’ kecil yang bersuhu rendah supaya aliran darahnya dari dalam badan ke otak kembali normal. Dalam masa yang sama, susu ibu terus disalurkan ke perut Oliver sebagai makanan sewaktu proses tersebut.

Setelah 11 hari bertarung nyawa, Oliver akhirnya dibenarkan oleh doktor untuk pulang ke rumah setelah doktor mengesahkan tahap kesihatannya berada dalam keadaan stabil.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 5.5/10 (2 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
BAYI AJAIB DILAHIRKAN TANPA DARAH, 5.5 out of 10 based on 2 ratings
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror