BIASISWA JPA 2012 – BERITA BAIK DIUMUM ESOK

by abgteror on April 9, 2012

in Pendidikan

Post image for BIASISWA JPA 2012 – BERITA BAIK DIUMUM ESOK

BIASISWA JPA 2012- BERITA BAIK DIUMUM ESOK| Kesemua 1,609 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan cemerlang 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Bursary (dermasiswa) secara automatik oleh Kementerian Pelajaran bagi kursus pra-universiti di negara ini.

Semua pelajar berkenaan akan layak menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian peringkat tertinggi di dalam mahupun luar negara bermula 2014 sekiranya menepati kriteria dikehendaki.

Bagi Biasiswa Program Ijazah Luar Negara (PILN), pelajar harus mempunyai Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.5 atau menepati syarat pengajian pra-universiti mereka. Pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi (luar negara) haruslah mempunyai tawaran kemasukan tanpa syarat dari mana-mana 10 universiti terkemuka dunia berdasarkan senarai yang disediakan oleh kementerian.

Bagi bidang lain, pelajar-pelajar perlu menerima tawaran kemasukan tanpa syarat dari mana-mana 50 universiti terkemuka dunia (ditentukan oleh kementerian). Bursary itu akan menampung kos pengajian sama ada di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Martikulasi, Baccalaurate Antarabangsa (IB), A-Level atau kursus asas disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Para pelajar boleh menyemak butiran bursary itu dan mengemaskini profil pelajar di www.moe.gov.my bermula 16 April 2012.

50 pelajar terbaik dalam SPM 2011 akan ditawarkan biasiswa di bawah Program Biasiswa Nasional (PBN). Tajaan terhadap 50 pelajar paling cemerlang dalam SPM 2011 mengikut senarai kementerian adalah untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia berasaskan kepada merit akademik.

Calon yang terpilih akan ditawarkan biasiswa dari peringkat persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pengiktirafan bidang pilihan yang menjadi minat pelajar di universiti dalam dan luar negara seperti disenaraikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya.

Pemilihan untuk PILN 2014 terbahagi kepada empat kategori iaitu kelayakan akademik (20%), populasi etnik (60%), bumiputera Sabah dan Sarawak (10%) dan latar belakang (10%).

Penyertaan kokurikulum, latar belakang sosio-ekonomi dan temu duga akan diambil kira selain kelayakan akademik dengan menitik-beratkan keempat-empat kriteria di atas.

Calon penerima biasiswa turut akan dinilai oleh Pusat Penilaian Pelajar (SAC) ketika temu duga. Panel penilaian terdiri daripada pegawai kerajaan pelbagai kaum, profesion dan gred jawatan. Para pelajar yang menamatkan pra-universiti tahun ini turut layak memohon biasiswa JPA.

JPA menawarkan 10,300 biasiswa kepada pelajar yang menamatkan program pra-universiti untuk melanjutkan pengajian Ijazah Pertama di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.2/10 (13 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 3 votes)
BIASISWA JPA 2012 - BERITA BAIK DIUMUM ESOK, 8.2 out of 10 based on 13 ratings

{ 8 comments… read them below or add one }

Nua September 8, 2012 at 12:49

Salam. Terima kasih admin atas info yang sangat bermanfaat ni. Untuk sektor awam. Saya rasa banyak lagi biasiswa selain JPA. Dan jika kita campur dengan semua sektor termasuk awam, swasta, negeri dan bank, terdapat 57 buah biasiswa yang dikenalpasti. Apa-apapun, terima kasih admin atas info ini. :)

Reply

wanee July 28, 2012 at 13:46

asalamualaikum saya pelajar lepasan matrikulasi
mendapat pngk 3.92
telah mendapat tawaran ke usm sains gunaan (statistik gunaan)
bila tarikh permohonan untuk biasiswa dan adakah jpa menawarkan biasiswa untuk kos di atas

Reply

hanie July 11, 2012 at 02:17

saya student UiTM sem 2..sem lepas,saya dapat (pointer:3.6) ,,adakah sy layak memohon..? n cam mne ye..? untuk tahun nie da lepas ke permohonan biasiswa jpa nie..?

Reply

Robiatul Adawiah July 7, 2012 at 15:16

salam,,, saya sudah hampir masuk semester 3 .Adakah saya masih layak untuk memohon biasiswa JPA ? Jika boleh, bagaimana ya ? Saya harap saudara boleh bantu saya, sekian .

Reply

abgteror July 8, 2012 at 19:18

layak. biasiswa jpa tak semestinya untuk freshies jea. even kalau sambung lagi nanti pun leh apply lagi

Reply

fatihah April 12, 2012 at 09:00

salam..saya sekarang berada di semester akhir diploma mikrobiologi.adakah saya layak memohon biasiswa jpa?

Reply

rosdi rahmat April 10, 2012 at 15:06

Saya sedang mengikuti kursus peringkat Diploma dan sekarang sedang menunggu keputusan peperikssan Semester 2. Bila JPA akan mengeluarkan permohonan biasiswa 2012 kerana saya di fahamkan bagi pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Diploma perlu menggunakan keputusan peperiksaan Semester 2 dan keputusan SPM 2010. Harap mendapat penjelasan. Terima kasih.

Reply

abgteror April 10, 2012 at 21:01

masih tunggu penjelasan pihak jpa. akan diupdate sebaik maklumat diterima. terima kasih.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: