BORANG BANTUAN TUNAI RM500 AKAN BERMULA 10 DISEMBER 2011

by abgteror on November 30, 2011

in Rakyat

-

SEMAKAN STATUS BR1M MULAI 16 JANUARI 2012

>>>DOWNLOAD BORANG BANTUAN RM500<<<

*Terdapat 2 lampiran yang perlu anda download pada link yang telah abgteror berikan

DOWNLOAD LAMPIRAN 1

DOWNLOAD LAMPIRAN 2

-

BORANG BANTUAN TUNAI RM500 AKAN BERMULA 10 DISEMBER 2011 | Terbukti soseh-soseh berkenaan borang bantuan rakyat RM500 akan diedarkan esok adalah tidak benar. Walaubagaimanapun telah disahkan kerajaan bahawa borang bantuan rakyat RM500 akan diedarkan kepada orang ramai pada 10 Disember 2011 ini.  Bila borang bantuan rakyat RM500 dikeluarkan, abgteror akan upload borang tersebut ke dalam laman ini untuk kemudahan orang ramai. Proses pendaftaran untuk permohonan insentif Bantuan Tunai RM500 akan dibuka selama sebulan mulai 10 Disember ini dengan urusan pembayaran dijangka dilakukan pada pertengahan bulan Januari 2012.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, hari ini mendedahkan wujud golongan tertentu yang mengedarkan borang palsu bantuan khas kerajaan RM500 kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan lebih awal, terutama di kampung. Beliau menegaskan hanya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sahaja berhak mengedarkan borang berkenaan bermula 1 Disember.

“Ini kerana agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif antara agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011.

-

Syarat Kelayakan Bantuan RM500
* Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah
* Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga merangkumi individu berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa.
* Ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga itu turut merangkumi ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
* Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara.
* Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk membuat permohonan
-
Bila Tarikh Pendaftaran Dan Permohonan Untuk Borang Bantuan Rm500?
Permohonan Bantuan RM500 dan borang Bantuan RM500 boleh didapati dan dimohon pada 10 Disember 2011 ini. Tempoh pendaftaran permohonan bantuan tunai RM500 adalah selama satu bulan.

-

Cara ringkas atau atau prosedur untuk mohon bantuan isi rumah RM500 ini adalah seperti dibawah :

  1. Dapatkan borang bantuan isi rumah (boleh DOWNLOAD , atau berurusan terus dengan pejabat LHDN ) mulai Disember 2011 ini.
  2. Isi borang dan hantar ke pejabat LHDN yang berhampiran.
  3. Tunggu jawapan anda sama ada permohonan itu berjaya atau tidak.
  4. Wang bantuan isi rumah akan dikreditkan melalui bank terpilih mulai Januari 2012 jika berjaya.
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
BORANG BANTUAN TUNAI RM500 AKAN BERMULA 10 DISEMBER 2011, 10.0 out of 10 based on 1 rating

{ 3 comments… read them below or add one }

hanim January 17, 2012 at 15:08

sy nk tnylaa…bila bole dpt rm500 tu,sbb dh lm mohon..drg ckp htr surat atpon drg cll.tp smp skrg ni xde bite apepon.

Reply

mas December 18, 2011 at 08:59

Salam..borang photostat boleh diguna pakai ke?

Reply

abgteror December 18, 2011 at 10:41

boleh…..nak print saja pun bolee

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: