BORANG BR1M 2.0 | EDARAN BERMULA 1 NOVEMBER 2012

by abgteror on October 31, 2012

in Rakyat

BORANG BR1M 2.0 | EDARAN BERMULA 1 NOVEMBER 2012 | Berita baik buat mereka yang terlibat serta pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2.0 apabila pendaftaran dibuka 1 Nov nanti.

Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun depan.

Bagaimanapun, penerima BR1M sedia ada yang lain tidak perlu mendaftar semula. Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan atau dimuat turun melalui laman sesawang www.hasil.gov.my.

Kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan RM500 iaitu ketua isi rumah (lelaki atau perempuan) berpendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah. Ia merangkumi individu yang telah berkahwin, termasuk yang tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah serta individu bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah di dalam rumah yang sama.

Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas (lahir 1953 atau sebelumnya) dengan pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah juga layak memohon.

Bantuan tunai RM250 pula layak dipohon individu bujang termasuk balu, janda atau duda berumur 21 tahun ke atas (lahir 1992 atau sebelumnya), tidak mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke bawah.

Download borang BR1M >>>disini<<<

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.8/10 (8 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 2 votes)
BORANG BR1M 2.0 | EDARAN BERMULA 1 NOVEMBER 2012, 7.8 out of 10 based on 8 ratings
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 1 comment… read it below or add one }

faridah November 6, 2012 at 10:50

saya faridah gagal dapat bantuan BR1M pada 2011 adakah saya perlu mendaftar semula atau sebaliknya?

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror