BR1M DIBAYAR IKUT KAWASAN PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

by abgteror on January 20, 2012

in Rakyat

BR1M DIBAYAR IKUT KAWASAN PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI | TIADA KAITAN DENGAN LHDN | Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan pembabitan mereka dalam pemberian bantuan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Pengarah Komunikasi Korporat LHDN, Nor Azirah Mohd Said berkata, LHDN hanya dipertanggungjawabkan membantu menerima dan pendaftaran permohonan. Pembayaran bagi Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan diuruskan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, manakala negeri lain diuruskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

“Kami menerima pertanyaan daripada orang ramai dan ada juga tampil ke pejabat LHDN bagi mendapatkan penerangan,” katanya.

“Setiap penerima layak, penyerahan baucer diuruskan mengikut kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta tidak perlu berurusan dengan LHDN,” katanya.

Sehubungan itu, LHDN berharap penjelasan ini akan menghapuskan kekeliruan orang ramai dan mereka juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan LHDN, di talian 1-300-88-3010 atau Kementerian Kewangan di talian 1-800-222-500, bagi mengetahui status permohonan.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 1 comment… read it below or add one }

JASNI BIN ALI January 21, 2012 at 13:00

NPE SY CLL ASIK BZ JE, LAU DPT PUN ORG X JWP….

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror