CARA MEMOHON BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID | Bantuan khas pelajar RM 100 ini bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan untuk membeli barang-barang keperluan anak untuk ke sekolah pada bulan Disember 2011 sebelum sekolah buka.-
Mereka yang layak memohon ialah murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 sesi persekolahan 2012 dan bersekolah di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan.
Untuk urusan bayaran, ibubapa atau penjaga pelajar perlu mengisi borang penerimaan atau penolakan supaya pihak sekolah dapat mengenalpasti pelajar yang layak menerima bantuan RM100 tersebut.
Tempoh untuk mengisi dan menyerahkan borang penerimaan atau penolakan tersebut diberi sehingga 10 Disember 2011 bagi pelajar tahun 2 hingga tingkatan 5 manakala 10 Februari 2012 bagi pelajar yang akan memasuki tahun 1.





















{ 0 comments… add one now }
{ 1 trackback }