CARA MENEMPAH NO PLAT KENDERAAN | PANDUAN

by abgteror on March 16, 2012

in Rakyat

Anda ingin menempah no plat kenderaan anda mengikut kehendak dan minat anda? Atau mungkin memilih nombor pendaftaran yang mempunyai maksud tertentu bagi diri anda? Kini anda boleh menempah nombor pilihan anda dengan beberapa langkah yang disediakan dibawah. Ingat, jangan terlalu boros berbelanja hanya untuk menempah. Ikut kemampuan masing-masing.

KATEGORI NOMBOR PENDAFTARAN 

NOMBOR-NOMBOR BERNILAI UTAMA

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

NOMBOR-NOMBOR MENARIK

11 12 13 14 15 16 17 18
19 22 28 33 38 55 66 77
88 99 111 222 333 555 666 777
888 999 1111 2222 3333 5555 6666 7777
8888 9999

NOMBOR-NOMBOR POPULAR

20 21 23 24 25 26 27
29 30 31 32 34 35 36
37 39 40 41 42 43 44
45 46 47 48 49 50 51
52 53 54 56 57 58 59
60 61 62 63 64 65 67
68 69 70 71 72 73 74
75 76 78 79 80 81 82
83 84 85 86 87 89 90
91 92 93 94 95 96 97
98 100 200 300 400 500 500
700 800 900 1000 1001 1122 1221
1133 1331 1155 1551 1166 1177 1771
1188 1881 1199 1919 1991 2000 2002
2020 2211 2112 2233 2332 2255 25225
2552 2266 2662 2277 2727 2772 2288
2828 2882 2299 2929 2992 3000 3003
3030 3300 3131 3113 3322 3232 3223
3355 3535 3553 3366 3636 3377 3773
3388 3838 3399 3939 3993 4000 5000
5005 5515 5115 5522 5533 5353 5335
5566 5665 5577 5775 5588 5885 5599
5995 5000 5006 6611 6116 6622 6633
6336 6655 6556 6677 6776 6688 6868
6886 6699 6969 6996 7000 7007 7070
7711 7171 7117 7722 7227 7733 7373
7755 7557 7766 7667 7788 7878 7887
7799 7997 8000 8008 8811 8181 8118
8822 8228 8833 8383 8338 8855 8558
8866 8668 8877 8778 8899 8989 8998
900 9009 9911 9119 9922 9229 9933
9339 9955 9559 9966 9696 9669 9977
9779 9988 9898 9889

Mana-mana nombor pendaftaran lain yang menerima tempahan adalah termasuk di bawah kategori ini

NOMBOR-NOMBOR SEMASA

Bermaksud suatu nombor pendaftaran dari kategori selain di atas.

DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN

NOTA : Semua dokumen hendaklah diisi ke dalam sampul surat , ditulis di luar sampul surat : ” TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN ” dan dimasukkan ke dalam peti tempahan yang disediakan.

PERMOHONAN MENYERTAI TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN SECARA TAWARAN

  1.  M.V. 10
  2. Bayaran perkhidmatan RM 10.00.
  3. Bayaran deposit 50% daripada harga tempahan  dan dikemukakan dengan bank draf/ kiriman wang/ wang pos atas nama “Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia”.
  4. Salinan Kad Pengenalan Pemohon ( individu/syarikat) yang disahkan .
  5. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13 ) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan ) .
  6. Sampul surat bersetem dan beralamat sendiri.

PERMOHONAN MENDAPATKAN NOMBOR PENDAFTARAN SECARA PILIHAN

  1.  M.V.10A
  2. Slip Bayaran yuran perkhidmatan RM10
  3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon / identiti pengenalan diri (pasport)
  4. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13 ) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan ) .

PERMOHONAN MENDAPATKAN NOMBOR PENDAFTARAN (KELULUSAN KHAS)

  1.  M.V.10B
  2. Surat Permohonan
  3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon / identiti pengenalan diri (pasport)
  4. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13 ) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan ) .

KEPUTUSAN

PERINGATAN : Pemohon yang berjaya dilarang sama sekali memberi/menjual nombor pendaftaran mereka kepada orang lain kecuali dengan pertimbangan khas dari Pengarah Negeri seperti kes pertukaran daripada ibu/bapa kepada anak, suami/isteri/anak dan individu kepada syarikat di mana ia menjadi Lembaga Pengarah.

  1. Surat keputusan akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya dan tidak berjaya.
  2. Bagi pemohon yang tidak berjaya,deraf bank/kiriman wang/wang pos akan dikembalikan.
  3. Senarai nama dan nombor identiti pengenalan diri pemohon yang berjaya akan dipamerkan di JPJ Negeri/Cawangan yang menawarkan nombor pendaftaran tersebut.
  4. Pemohon yang berjaya hendaklah menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat keputusan
  5. Pemohon yang telah menjelaskan bayaran hendaklah mendaftarkan nombor tersebut dalam tempoh TIGA (3) bulan dari tarikh bayaran dijelaskan
  6. Pemohon yang berjaya yang tidak menjelaskan bayaran penuh  dalam tempoh yang ditetapkan atau tidak mendaftarkan nombor pendaftaran yang ditawarkan dalam  tempoh yang ditetapkan, maka nombor pendaftaran tersebut akan ditarik balik dan ditawarkan kepada pemohon lain yang berminat.
  7. Penangguhan pendaftaran adalah tidak dibenarkan
  8. Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Nombor Pendaftaran adalah muktamad

HARGA TEMPAHAN

Harga tempahan minima bagi setiap nombor pendaftaran tertakluk kepada kategori nombor seperti berikut :

  1. Nombor Bernilai Utama RM10,000
  2. Nombor Menarik RM 2,000
  3. Nombor Popular RM 300
  4. Nombor Semasa RM 300

MAKLUMAT TAMBAHAN

  1. Tempahan nombor pendaftaran boleh dibuat dimana-mana JPJ Negeri.  Masukkan sampul surat permohonan ke dalam peti tempahan mengikut nama Negeri yang dipamerkan pada peti tempahan.
  2. Iklan tawaran tempahan nombor pendaftaran lain-lain Negeri akan dipamerkan di semua pejabat JPJ Negeri/ Cawangan
  3. Tempoh tempahan akan ditutup pada jam 12.00 tengahari pada hari terakhir tawaran dibuka
  4. Bayaran yuran perkhidmatan RM10 boleh dibayar dimana-mana pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (2 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +2 (from 2 votes)
CARA MENEMPAH NO PLAT KENDERAAN | PANDUAN, 10.0 out of 10 based on 2 ratings
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 3 comments… read them below or add one }

yaniebest June 22, 2012 at 16:40

Salam, selalunya berapa hari akan dapat tahu keputusan sama ada tempahan kita berjaya atau tidak setelah tarikh tender dibuka berakhir?seminggu ke 2 mnggu atau sebulan?

Reply

MS LEE May 28, 2012 at 10:53

TENDER NOMBOR PLATE WWW BILA TAHU?? ONLINE DAPAT CHECK?? SILA JAWAP SECEPAT MUNGKIN.
TERIMA KASIH

Reply

abgteror May 28, 2012 at 21:49

Hari ini dah boleh check di laman web jpj. Perkhidmatan semakan online juga disediakan di http://www.jpj.gov.my/

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror