CARA SEMBAHYANG SUNAT TERAWIH 2012 – RAMADHAN 1433 HIJRAH

by abgteror on June 20, 2012

in Agama

Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih | Cara-Cara Sembahyang Tarawih | Doa-Doa Dalam Solat Tarawih | Sempena sambutan Ramadhan Al-Mubarak yang semakin rancak setelah sehari kita berpuasa, marilah sama-sama kita hayati solat sunat terawih dan sama-sama membetulkan diri jika ada kesilapan dalam adab ketika solat dan doa-doa yang dibaca ketika solat sunat terawih. Semoga amalan kita diterima Allah S.W.T. Insyallah.

Hukum solat sunat Terawih ialah sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan samada secara berseorangan atau berjemaah. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.

Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih

Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih

(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala)

——————————————————————-

Bacaan Surah

Selepas membaca surah al-Fatihah tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu. Dari malam 1 hingga 15 Ramadan, pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah al-Takatsur hingga surah al-Lahab.

Susunan surah-surah adalah seperti :bacaan+tarawih

Dari malam 16 hingga akhir Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat kedua dibaca satu surah seperti bacaan rakaat yang pertama bagi malam- malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab.

——————————————————————-

Sembahyang Witir Sebanyak Tiga Rakaat

Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan solat sunat Witir selepas solat sunat Tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja. Sunat Witir ini ditunaikan secara berjemaah. Salam selepas dua rakaat yang pertama, diikuti satu rakaat lagi dan salam. Bilal memberitahu tentang solat sunat Witir yang akan dikerjakan selepas ini dengan menyebut:

Bagi sembahyang witir seperti ini tidak ada bacaan tasyahud (tahyat) awal. Mulai malam 16 Ramadan kita disunatkan membaca qunut. Lafaz qunut samalah seperti sembahyang subuh. Jika tidak membaca qunut, sunat dilakukan sujud sahwi.
-

Semoga perkongsian ini dapat membantu kita semua memperingati amalan sunat yang hanya datang dalam bulan Ramadhan. Sama-samalah kita merubut fadhilatnya. jika ada kekurangan atau kesilapan harap ditegur. Wallahualam.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.2/10 (19 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +3 (from 5 votes)
CARA SEMBAHYANG SUNAT TERAWIH 2012 - RAMADHAN 1433 HIJRAH, 8.2 out of 10 based on 19 ratings
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror