CIKGU GANGSTER PUKUL 2 PELAJAR

by abgteror on January 18, 2012

in Pendidikan

CIKGU GANGSTER PUKUL 2 PELAJAR | Seorang cikgu bertindak memukul 2 pelajarnya sehingga cedera teruk akibat bergaduh sesama sendiri di Teluk Intan. Mungkin berang selepas dinasihatkan agar berhenti bergaduh atau si cikgu memang nak lepas gian untuk bergaduh.

“Kami berkelahi tetapi mengapa cikgu masuk campur dan pukul kami berdua sehingga saya cedera teruk.”

Demikian luah seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Jalan Changkat Jong di sini yang mendakwa dia dipukul sehingga pengsan oleh seorang guru sekolah tersebut semalam.

Pelajar berkenaan, Muhamad Ziqril Hakin Mohd. Farol, 14, mendakwa, kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah hari ketika dia sedang bergaduh dengan seorang pelajar di sekolah tersebut.

“Saya terkejut kerana guru itu menerpa datang dan memukul kami berdua dengan tangannya. Saya dipukul sebanyak tiga kali di muka dan sekali di leher sehingga menyebabkan saya terjatuh.

“Saya tidak ingat apa-apa lagi selepas itu dan sedar-sedar saya sudah terbaring di atas katil di hospital. Saya cuma rasa sakit di tengkuk dan kepala saya,” ceritanya di Hospital Teluk Intan semalam.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

{ 1 comment… read it below or add one }

Khalid January 18, 2012 at 22:24

Haha. Padan muka korang. Nak tunjuk gangster sgt.
Ko boleh tanya kenapa cikgu masuk campur? Bangang ke hapa?
Kalau salah sorang korang mampos, siapa yang kene dakwa?
Siapa kene naik turun mahkamah utk menjawab?
Silap2 cikgu yg boleh masuk jel.
Fahamilah, daripada korang mati, baik cikgu tibai korang. sekurang2nya korang x bergaduh lagi.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: