DAFTAR i-AKAUN KWSP | SEMAKAN ONLINE KWSP

by abgteror on December 5, 2011

in Berita

DAFTAR i-AKAUN KWSP | SEMAKAN ONLINE KWSP | Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meminta ahlinya mendaftar untuk i-Akaun bagi memudahkan mereka menyemak akaun secara online mulai 1 Januari 2012.

i-Akaun ini bertujuan bagi mengurangkan kes ahli yang terlepas pandang untuk mengemas kini penamaan mereka apabila berlaku perubahan seperti berkahwin, penceraian atau kelahiran anak. Ia diperkenalkan bagi mengurangkan kes ahli yang terlepas pandang untuk mengemaskini penamaan mereka apabila berlaku perubahan besar dalam kehidupan seperti berkahwin, ditakdirkan bercerai atau kelahiran anak. Kegagalan mengemaskini penamaan ini boleh menyebabkan orang tersayang menderita jika ahli meninggal dunia.

Ahli digalakkan menyemak butiran penama mereka seperti ejaan nama, nombor MyKad dan peratusan agihan kepada setiap penama apabila kemudahan online ini disediakan.

Jika ahli mendapati butiran penama dalam i-Akaun berlainan dengan borang penamaan asal, ahli dinasihati untuk mengunjungi cawangan KWSP terdekat dengan segera untuk membuat semakan. KWSP akan sentiasa merujuk kepada borang penamaan asal sebelum meluluskan permohonan Pengeluaran Kematian. Sebagai tambahan kepada kemudahan ini, ahli juga boleh memilih untuk memasukkan butiran penama dalam penyata tahunan mereka mulai Penyata Tahun 2011 yang akan diedarkan pada tahun depan.

Bagi membolehkan butiran penama dimasukkan dalam Penyata Tahun 2011, ahli yang telah membuat penamaan perlu mengisi Borang KWSP 4C yang boleh diperolehi mulai 1 Januari 2012. Untuk penamaan baru, ahli perlu menyatakan persetujuan mereka dalam Borang KWSP 4. Borang-borang berkenaan perlu diserahkan kepada cawangan KWSP berdekatan sebelum 31 Januari 2012.

Ahli boleh menyemak dan mencetak Penyata KWSP seberapa kerap yang diperlukan untuk memantau transaksi simpanan serta memastikan caruman mereka dibayar tepat pada masanya. Ahli juga boleh menyemak status dan rekod pengeluaran, anggaran amaun yang layak untuk pengeluaran dan mengemaskini alamat mereka secara online.

Kemudahan i-Akaun juga disediakan untuk majikan menyemak senarai pekerja yang telah dibayar caruman untuk bulan tersebut dan rekod caruman mereka, selain mendaftarkan pekerja baru. Majikan juga boleh menyemak nombor KWSP pekerja, memuat turun borang caruman pra-cetak dan mengira dividen caruman bahagian majikan (untuk majikan Kerajaan).

Mendaftar sebagai pengguna i-Akaun melibatkan beberapa langkah mudah. Ahli hanya perlu mendaftar dengan mendapatkan Kod Pengaktifan di mana-mana Kios atau cawangan KWSP. Untuk majikan, mereka perlu mendaftar melalui myEPF sebelum mendapatkan Kod Pengaktifan di cawangan KWSP pilihan mereka.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 2 comments… read them below or add one }

ruby raudhah July 20, 2012 at 16:24

just want to know how to make sure .. we can get the benefit in the future ??

Reply

abgteror July 20, 2012 at 20:00

just can assure that because i’m not with this kwsp stuff….i will be right back to u when i got the answer, ok

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror