e-PANGKAT | SEMAKAN ONLINE SISTEM KENAIKAN PANGKAT KPM

by abgteror on May 17, 2012

in Pendidikan

e-PANGKAT | SEMAKAN ONLINE SISTEM KENAIKAN PANGKAT KPM | e-PANGKAT adalah aplikasi dalam talian (online) yang berintegrasi dan komprehensif bagi membolehkan pengguna memohon dan memproses sesuatu urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) di bawah KPM. Pembinaan sistem e-PANGKAT adalah bertujuan untuk menangani isu kelewatan, keciciran dan pertindihan urusan kenaikan pangkat.

Calon hendaklah sentiasa peka dengan status data perkhidmatan di dalam ePANGKAT dan segera memaklumkan kepada KPT/PT yang diberi akses ePANGKAT supaya mengemaskini data mereka bagi mengelak keciciran urusan kenaikan pangkat.

Sebelum buat semakan, sila daftar dahulu disini. Sebelum mendaftar, pastikan anda mengikuti langkah-langkah mendaftar terlebih dahulu. Selepas selesai, sila buat semakan dibawah:

Mulai Julai 2012, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menggunapakai sepenuhnya Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) bagi semua urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta untuk mengemaskini data dengan lengkap dan tepat bagi semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) di bawah pentadbiran jabatan/sekolah masing-masing. Ketepatan maklumat amatlah penting di dalam Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) kerana ianya akan memberi kesan terhadap semua urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat yang berkemungkinan akan berlaku keciciran. Sebagaimana tuan/puan sedia maklum, semua sekolah telah diberi taklimat tentang tatacara penggunaan Sistem Naik Pangkat (ePangkat) oleh pegawai Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 5.0/10 (10 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +3 (from 5 votes)
e-PANGKAT | SEMAKAN ONLINE SISTEM KENAIKAN PANGKAT KPM, 5.0 out of 10 based on 10 ratings
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 6 comments… read them below or add one }

Pranchis Andin September 17, 2012 at 21:07

pertanyaan:
Selepas sistem online epangkat ini, Adakah Ini bermakna bagi guru yang telah mengisi epangkat bagi urusan time base dg41 ke dg44 urusan 2013 online yg diurus oleh kerani atau guru data dan telah diperaku oleh guru besar, tidak perlu lagi isi borang dan hanya tunggu surat tawaran kenaikan jika sampai masanya.

jika urusan epangkat 2012 untuk timebase keputusan pada 2013, agak2nya bila dapat diketahui…?

terima kasih

Reply

abgteror September 18, 2012 at 07:34

Bagi menjawab persoalan tuan, anda hanya perlu mengisi sekali sahaja untuk mengakses ke pangkalan data epangkat. sebarang urusan kenaikan kelak akan dijalankan secara automatik atau secara online dan mungkin ianya hanya berurusan dengan pihak pengkeranian untuk sebarang makluman. Terima kasih.

Reply

fazli July 20, 2012 at 09:18

kenapa sistem talian lambat…?

Reply

abgteror July 20, 2012 at 20:01

try jangan call waktu puncak

Reply

Hajimin Dusilin June 24, 2012 at 01:53

az_ayumi@fbook/com

Reply

shafiq mujahid May 29, 2012 at 20:05

wah.. terima kasih infonya.. teruskan usaha abg teror ^^

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror