EASYUNI.COM – PERMOHONAN ONLINE KE UNIVERSITI | Satu perkhidmatan portal yang lebih mudah diperkenalkan untuk para pelajar lepasan SPM dan STPM untuk mendaftar ke Universiti pilihan masing-masing. Pelajar kini boleh memilih sama ada memohon kemasukan ke universiti tempatan atau antarabangsa secara online berikutan pelancaran sebuah portal berhubung pengambilan dan kandungan pengajian tinggi.
Portal easyuni.com menyenaraikan lebih 34,000 kursus dan program dari 362 kolej serta universiti di lebih 20 negara. Portal ini menawarkan satu platform komprehensif dalam permohonan ke kolej dan universiti swasta tempatan serta antarabangsa untuk lepasan sekolah dan golongan dewasa yang bekerja.
Pemohon boleh mencari, membanding, menyenarai pendek serta memilih kolej atau universiti mengikut kedudukan dan menghantar permohonan secara percuma.
Antara universiti yang disenaraikan dalam portal itu Universiti Iskandariah di Mesir, Universiti Tasmania di Australia, Universiti British Columbia di Kanada, Akademi Fesyen Antarabangsa di Perancis (IFA), Universiti Lincoln di New Zealand dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Tunggu apa lagi? Daftarlah sekarang di EASYUNI.COM
EASYUNI.COM - PERMOHONAN ONLINE KE UNIVERSITI,


















{ 0 comments… add one now }