EKSLUSIF! BLACK HANIFAH DAN ISTERI MASUK HOSPITAL?

by abgteror on September 20, 2013

in Hiburan

EKSLUSIF! BLACK HANIFAH DAN ISTERI MASUK HOSPITAL? | Black dan isteri yang baru melangsungkan perkahwinan masuk hospital? Biar betul dengan berita yang admin terima nie. Rupa-rupanya kejadian tersebut benar-benar berlaku dan bukannya khabar angin. Kejadian tersebut berlaku ketika bulan madu pasangan pengantin baharu itu.

Black Hanafiah dan isterinya, Naquia Yasirah Mohamad Khairi dikatakan mengalami keracunan makanan ketika berada di Pulau Langkawi.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 26, berkata, mereka telah ditahan di Hospital Daerah Langkawi pada malam Khamis selepas mengalami cirit-birit, muntah-muntah dan keletihan.

Menurut Black , kejadian berlaku selepas mereka menikmati makanan laut sejurus sampai di pulau peranginan itu pada malam Rabu lalu. Dia dan isterinya mula mengalami cirit-birit pada keesokan paginya sebelum ia melarat sehingga petang dan mengambil keputusan untuk pergi ke hospital mendapatkan rawatan.

“Alhamdulillah keracunan tersebut tidak terlalu teruk dan kami hanya ditahan selama beberapa jam sahaja di hospital selepas diberikan air garam untuk menyeimbangkan kembali bendalir dalam badan,” katanya.

“Mula-mula ingatkan sakit perut biasa sahaja tetapi ia semakin melarat sehingga ke petang sampaikan kami tidak larat untuk ke mana-mana dan duduk di dalam bilik hotel sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, Black berkata, kejadian itu tidak menggagu percutian bulan madu mereka malah mengeratkan hubungan suami isteri yang baharu terjalin selama seminggu.

“Saat-saat begini mengeratkan kami dan ia tidak menggagu langsung dan hari ini (Jummat) keadaan kami sudah kembali pulih dan kami mahu bersiar-siar di pulau ini,” jelasnya.

Tambah Black, dia dan Naquia akan berada di Pulau Langkawi sehingga Sabtu (esok) sebelum berangkat ke Korea Selatan pada Isnin depan.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 9.0/10 (2 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
EKSLUSIF! BLACK HANIFAH DAN ISTERI MASUK HOSPITAL?, 9.0 out of 10 based on 2 ratings
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror