FAM HANTAR BANTAHAN RASMI KEPADA AFC | PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan bahawa mereka telah menghantar surat bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung dakwaan yang Myanmar menurunkan beberapa pemain melebihi had umur pada Kelayakan Piala Asia Bawah 22 (B-22), kelmarin.
Malaysia telah mengemukakan bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berikutan dakwaan Myanmar menurunkan beberapa pemain melebihi usia 22 tahun dalam Kelayakan Piala Asia B-22 2013, kelmarin. Pihak pengurusan skuad negara bersama Setiausaha Agung FAM, Datuk Azuddin Ahmad menyerahkan aduan tersebut sebelum mereka pulang ke tanah air semalam.
Pada perlawanan menentang Mynmar di Stadium Thuwunna, Yangon kelmarin, dikatakan terdapat lapan pemain bekas skuad Sukan Sea negara itu berada di dalam skuad B-22 mereka. Malah penyerang, Kaung Si Thu yang meledak kedua-dua gol buat pasukan tuan rumah pada minit ke-33 dan 52 dikatakan berusia 25 tahun.
Berdasarkan carian rekod pemain yang dipaparkan oleh laman kelab Yangon United www.ygnutd.com sebelum ini, Si Thu dilaporkan lahir pada Januari 1987, namun tahun kelahiran pemain itu telah ditukar kepada 1993.
Meskipun tiada sebarang kenyataan mahupun tindakan yang dikeluarkan oleh AFC ke atas dakwaan terhadap tuan rumah, Malaysia mungkin berpeluang mengisi slot pasukan Myanmar jika dakwaan tersebut adalah benar.
FAM HANTAR BANTAHAN RASMI KEPADA AFC,


















{ 2 comments… read them below or add one }
kompem kena lah myanmar.takde semangat kesukanan langsung.sanggup main tipu.dahla tuan rumah.
mmg kene tapi tgk plak pengurusan AFC…no2 dia org Myanmar….kalau tolak maknanya kene adu ke FIFA plak la…