GADIS BERSALIN DALAM SEMAK DIBIDAN TEMAN LELAKI | BINATANG

by abgteror on July 19, 2011

in Sukan

Berita dari sumber malam nie memang cukup bikin panas. Dah la berzina, nak beranak tak tahan sangat berenti dalam hutan kelapa sawit. Dah beranak tu takpe la, tapi kenapa perlu tinggalkan bayi yang tak tahu perilaku mak dan bapaknya serupa binatang tu atas bonet kereta orang? Kalau niat nak bersalin hospital mesti la bawak baby tu dekat sana, rawat, check kesihatan dia. Bukan tinggal dengan niat membunuh. Macam nie la dunia bila kenikmatan secara haram yang jadi pilihan muda-mudi masa kini. Dan akhirnya sengsara sepanjang hayat. Pikir dulu sebelum berkaple. Jangan jadi sampai macam dia orang nie. Tak pasal-pasal kene cop binatang.

Gara-gara panik, sepasang kekasih sanggup meninggalkan bayi yang baru dilahirkan teman wanitanya di atas bonet kereta seorang penduduk di FELDA Sungai Mas, di sini, kira-kira 30 kilometer dari tempat bayi malang itu dilahirkan iaitu dalam sebuah ladang kelapa sawit. Ia berlaku Khamis lalu apabila wanita berusia 20 tahun yang dikatakan dalam perjalanan dari Pengerang ke Hospital Kota Tinggi untuk bersalin, merasai kesakitan mahu melahirkan anak kira-kira jam 3 pagi.

Pasangan itu kemudian mengambil keputusan berhenti di sebuah lorong dekat ladang sawit FELDA Air Tawar 3 di sini, sebelum wanita berkenaan melahirkan seorang bayi lelaki atas tanah dalam semak di situ dengan berbidankan teman lelakinya berusia 25 tahun. Panik dengan kejadian itu, mereka kemudian berpatah balik menghala ke Pengerang dan meninggalkan bayi yang masih dipenuhi darah serta bertali pusat itu atas bonet kereta seorang penduduk di FELDA Sungai Mas.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, berkata bayi terbabit ditemui seorang lelaki berusia 39 tahun ketika hendak menghantar anaknya ke sekolah, kira-kira jam 7 pagi. Nasib ada orang jumpa. Kalau tuan kereta tu terus jea jalan, ape jadik? Lu pikir la yea…..

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
GADIS BERSALIN DALAM SEMAK DIBIDAN TEMAN LELAKI | BINATANG, 10.0 out of 10 based on 1 rating
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror