Gadis Kelantan: Sedap Di Makan ???

by abgteror on December 16, 2010


Panas beb. Memang panas. Aku yang sendiri dengar statement nih pun membara jiwa gua.  Macam nak hentak-hentak pala wa kat bantal. Sebab orang rumah gua pun orang Kelantan. Ape lagik kalau mamat-mamat n minah-minah Kelantan sendirik yang baca. Panas Panas. Nie la dunia sekarang. Kerana mulut badan binasa. Kerana nak kenyang sanggup melakukan apa saja. Walau pun lari dari motif asal blog gua. Gua kene dedahkan jugak. Takleh simpan-simpan. Bikin hati wa hangit jea. Korang baca la citer benar ke tak benar aku pun tak tau.

Kisahnye camnih:


Kejadian panas nie berlaku masa cuti Raya Haji aritue. Sebab aku raya kat sana korban aritue. So, berkorban la aku.(gua jenis tak kesah raya mana) Pada suatu petang, kami sekeluarga ke KB Mall, carik2 barang rumah skit. Barang dapur skit. Ntah camne tengok2 aku da jalan sensorang. Ahh…lantak la. Baik aku update blog aku via iPhone (promosi nih en. Nuffnang) Tetiba aku nampak gedung Levi’s. Best best, kata aku lam ati. (kang kuat2 org ingat aku belakon drama Indon plak). 


Aku pun ape lagik, masuk cuci mata la. Tengah aku tengah ushar2 seluar levi’s, datangi 4 orang gadis Kelantan masuk kedai tu jugak. Comel,kiut, montok and seksi. Bentak diriku. Meraka turut sama menjamu mata koleksi2 terbaru dari Levi’s. 


Dalam pada itu, aku memasang telinga perbualan mereka. Yang aku pikirkan mesti cite panas nih. Sebab diorang ade sebut bab-bab panas nie. Pastuh mereka beredar dari situ. 

Tak puas hati sebab nak tau jugak cite panas diorang tuh, aku ekori mereka dari jauh hingga ke pintu keluar sebelahan dengan Mc’D. Lepak amik angin kot diorang nih. Aku sambung dengar perbualan mereka. 

“2 minit jea” kata salah seorang dari awek tu disambut dengan hilai tawa dari rakan2 seperjuangan nye. Aku dah rasa semacam. malu plak aku dengar. “aku pulak sampai kene jilat-jilat, sedapppp” kata seorang lagi yang hanya mengenakan singlet ngan jeans.



Uik….bikin panas nih. “kita nak makan pun kene la carik port baik punye. Tak feel la kan” bicara mereka yang makin buat aku panas. Ditambah pulak denga hilai tawa mereka. Pastu dengan tidak disangka-sangka, secara serentak meraka memekik. “1, 2, 3, Mee Maggi, Cepat Dimasak, Sedap Dimakan“……hampessss!!!!! -ATP



p/s: Kan aku dah cakap cite nie memang PANAS. Cite nie aku reka sebab otak aku tengah bengong masa nih!!.Korang nampak tak aku dah hilight kaler merah untuk tajuk citer nih..kira logik la kan….kan….kan….hehe….*larik….
 
free instant backlink for blog and website
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
Gadis Kelantan: Sedap Di Makan ???, 10.0 out of 10 based on 1 rating
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror