GAJI MINIMUM RM900 BAKAL DILAKSANAKAN JULAI 2012

by abgteror on January 4, 2012

in Rakyat

GAJI MINIMUM RM900 BAKAL DILAKSANAKAN JULAI 2012 | Cadangan gaji minimum RM900 yang diputuskan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) bulan lalu akan dibentangkan ke Kabinet hari ini, manakala pelaksanaannya dijangka berkuat kuasa Julai ini.

Ini bermakna lebih lima juta pekerja sektor swasta termasuk tenaga asing di pelbagai industri termasuk perladangan serta pembinaan akan menerima manfaat itu, kecuali sektor pembantu rumah dan pekerja yang mengikuti skim latihan.

Sumber berkata, penetapan RM900 dipersetujui sebulat suara, termasuk wakil Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), manakala laporan terperinci MPGN sudah dihantar kepada Kementerian Sumber Manusia, baru-baru ini.

“Jawatankuasa teknikal MPGN sudah selesai menjalankan tanggungjawabnya dan kami difahamkan laporan MPGN itu akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet esok (hari ini) oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

“Semua pihak yang terbabit dalam MPGN bersetuju RM900 sebagai gaji minimum. Malah, laporan itu turut disertakan tempoh pelaksanaannya iaitu dalam tempoh enam bulan selepas mendapat persetujuan Kabinet,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Pada 2010, bekas Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud, berkata kira-kira 2.2 juta pekerja tempatan menerima gaji pokok di bawah RM1,000 sebulan dengan lebih 1.8 juta daripadanya berpendapatan di bawah paras kemiskinan dan kemiskinan tegar.

MTUC sebagai kesatuan sekerja terbesar mewakili pekerja sektor swasta negara, memperjuangkan isu gaji minimum sejak 1999 bagi memastikan tiada pekerja menerima gaji di bawah paras kemiskinan.

Sumber itu berkata, pelaksanaan gaji minimum mampu mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga pekerja asing, selain mampu menarik minat pekerja tempatan untuk bekerja dalam negara.

“Namun, MPGN hanya menetapkan gaji minimum…, tidak membuat sebarang keputusan atau perbincangan lain mengenai elaun sara hidup (COLA) sebanyak RM300 seperti diperjuangkan MTUC sebelum ini,” katanya.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror