GAJI SBPA 2012 | CONTOH PERGERAKAN GAJI TAHUNAN

by abgteror on December 5, 2011

in Penjawat Awam

GAJI SBPA 2012 | CONTOH PERGERAKAN GAJI TAHUNAN | Untuk makluman semua SBPA adalah baru diperingkat permulaan dilaksanakan sahaja. Skim ini akan ditambahbaik dengan faedah dan manfaat lain dari masa kesemasa seiring dengan pertumbuhan dan pengukuhan ekonomi negara serta transformasi Perkhidmatan Awam dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Berikut adalah contoh pergerakan gaji tahunan mengikut gred perjawatan:-

Maklumat untuk skim N (SPM & Diploma)  :

  1.  SSM N11 –  RM 850 – 2390 Kenaikan Gaji Tahunan- RM 80
  2. SSM N17 - RM 955 – 2780 Kenaikan Gaji Tahunan- RM 95
  3. SSM N22 - RM 1920-3530 Kenaikan Gaji Tahunan- RM 115
  4. SSM N27 - RM 1410-4185 Kenaikan Gaji Tahunan- RM 145
  5. SSM N36 - RM 3035-5555 Kenaikan Gaji Tahunan- RM 180

-

Maklumat untuk skim J (SPM) :

  1.  SSM J17 = SBPA J4-1 GAJI RM980-RM2805 KGT RM95
  2. SSM J22 = SBPA J4-3 GAJI RM1935-RM3545 KGT 115
  3. SSM J26 = SBPA J4-5 GAJI RM2290-RM4040 KGT 125

-

Skim Perkhimatan Juruteknik, Juruteknik Lanskap, Juruteknik Perancang Bandar & Wilayah, Juruteknik Ukur, Pembantu Pemeriksa Kilang & Jentera dengan kelayakan masuk Sijil Politeknik (setaraf STPM) tertakluk kepada memenuhi syarat kelayakan masuk ditetapkan atau cukup tempoh perkhidmatan dinaikkan ke gred :

 -

Maklumat untuk skim J (Sijil Politeknik Setaraf STPM) :

  1.  SSM J17 = SBPA JA3-1 Gaji RM1410-RM4185 KGT RM145/150

-

Maklumat untuk skim J (Penolong Jurutera) :

  1.  SSM J29 = SBPA J2-1 RM1565-RM4340 KGT RM145/150
  2. SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555 KGT RM 180
  3. SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140 KGT RM 195

-

Namun begitu, secara rasminya pekeliling ini masih belum dikeluarkan, cuma mendapat pengesahan dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Sama-samalah kita nantikan tindakan seterusnya dari kerajaan dalam menangani isu gaji yang sentiasa mendapat perhatian ramai.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror