GAJI SBPA 2012 MULA DIBAYAR MULAI FEBRUARI 2012??? | Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM). Hmm…mula dibayar? Tu yang pelik tu. Bukan ke sepatutnya gaji tertunda sebab tarikh penghantaran borang tetap 31 Disember 2011? So kenapa tiba-tiba bayaran dilanjutkan dengan alasan kes lanjutan opsyen?
Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibayar pada 31 Januari ini.
“Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari 2012,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA akan dibuat seperti biasa mengikut jadual mulai Februari. Tapi rasanya pasti ramai yang tak berpuas hati dengan permainan kotor macam nie sebab rasanya semua Penjawat Awam telah serahkan borang sebelum tarikh 31 Disember lagi. Hmm….kene guna ayat “Saya Yang Menurut Perintah” la jawabnya.



















{ 3 comments… read them below or add one }
Harap2 gaji SSM yg muthamat baru2 ini, dapat di umumkan secepat mungkin..siok jugak mendegari kelebehan yg diperkatakan ..kalau idak tak kan nak di terima oleh cuepac dan pihak atasan..
13% insyallah dalam tangan…..
Apo nok di ek sangat..siok sokojab jerr…..macei tidoq malei.. esok dooh tak raso lagie…barang naek..samo ajerr..cumo sekorang2 nyo ..leh bernafas sikit laaah.. darie hampesh langsung..tq cuepac..YB NJB…u all greats.