GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN ELLA DAN AZHAR | Tahniah abgteror ucapkan kepada Ella dan pasangannya Azhar kerana sebentar tadi, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46 tahun telah pun sah bergelar isteri kepada Azhar Ghazali dengan hanya sekali lafaz.
Majlis pernikahan mereka diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang di sini kira-kira pukul 10.30 malam tadi. Ella dan Azhar sebelum itu telah ditunangkan sebelum majlis akad nikah bermula. Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Majlis resepsi mereka akan diadakan pada 1 Disember depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Abgteror doakan agar kedua-dua pasangan ini akan hidup berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.























{ 0 comments… add one now }