Nauzubillah. Satu gempa bumi kuat 6.4 magnitud berlaku di Lautan Ceram kira-kira 7 malam tadi (16 Ogos 2011). Di harap tiada la kemalangan nyawa yang berlaku dibulan Ramadhan nie. Pusat gempa bumi terletak 1,337 kilometer tenggara Tawau, Sabah, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Geofizik dan Tsunami, Jabatan Meteorologi Malaysia.
Penduduk di kawasan pesisir pantai di Tawau panik seketika terhadap kemungkinan berlaku tsunami selepas menonton siaran berita berhubung gempa bumi di Laut Sulawesi.
Menurut kenyataan itu, gegaran lemah dapat dirasai di sekitar Tawau dan jabatan itu sedang memantau perkembangan berkenaan dan akan memaklumkan orang ramai jika ada perkembangan terbaru.


















{ 0 comments… add one now }