GURU KECIL BELASAH GURU BESAR KERANA DITEGUR | Apa nak jadi dengan zaman sekarang nie. Kalau dulu kecoh kes anak murid melawan guru, anak murid bocor tayar kereta guru, anak murid belasah guru. Kali nie lain pulak jadinya. Guru kecil belasah guru besar didalam kelas yang dipenuhi anak muridnya yang hanya memerhatikan pergaduhan tersebut.
Gara-gara tidak boleh menerima teguran, guru lelaki dari sebuah sekolah rendah di Air Itam, dipercayai bertindak mencederakan guru besar di tangan dan belakang kepala. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, ia dikatakan berpunca selepas guru besar yang melalui sebuah kelas terdengar bunyi bising sebelum menegur guru kelas berkenaan.
Difahamkan, guru kelas berkenaan enggan menerima teguran dan berlaku sedikit pertengkaran antara mereka sebelum guru besar cuba merakam suasana dalam kelas itu menggunakan telefon bimbitnya.
Suasana bertukar menjadi kecoh hingga memaksa guru lain campur tangan untuk meleraikan pergaduhan itu setelah kedua-dua tangan dan belakang kepala guru besar cedera.
Guru kecil tersebut akan dipanggil oleh polis untuk memberikan keterangan manakala guru besar tersebut kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.
Macammana la nak didik anak murid kalau guru sendiri perlu diberi didikan yang sewajarnya.




















{ 0 comments… add one now }