HANTU DI UiTM LENDU

by abgteror on January 22, 2013

in Agama

Post image for HANTU DI UiTM LENDU

HANTU DI UiTM LENDU | Ada sesiapa ke yang dah jadi mangsa hantu UiTM Lendu? Atau ianya hanya gurauan untuk menakutkan pelajar-pelajar junior? Kalau benarpun, eloklah dirujuk kepada pakar agama atau pengamal perubatan Islam untuk mengusir. Tak perlu terlalu takut kerana ianya boleh membawa kepada Murtad, iaitu takutkan sesuatu melebihi Allah dan lupa akan  kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Hantu apa yang muncul sekalipun, ianya hanya jelmaan iblis laknatullah yang diciptaNya.

Hentikan kegiatan menyebarkan cerita hantu yang boleh menjadi ketakutan khasnya pelajar baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Lendu. Gangguan histeria boleh membabitkan siapa sahaja dan berlaku di mana-mana kawasan.

Sesetengah pelajar universiti berkenaan yang menyebarkan cerita gangguan histeria termasuk kes curi dan pukau di blog dan twitter sehingga mendapat perhatian ramai pihak. Namun dinasihatkan pelajar khasnya tidak mudah terpengaruh sebaliknya perlu meningkatkan amalan kerohanian bagi kekuatan jiwa. Insyallah.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
HANTU DI UiTM LENDU, 10.0 out of 10 based on 1 rating

{ 2 comments… read them below or add one }

fendy February 4, 2013 at 14:39

Kebenaran berita menjadi tanda tanya akibat segala macam kisahnya. Laman sosial yg begitu mudah untuk berkomunikasi menyebabkan penyebaran berita menjadi bertambah hangat tanpa kawalan.

Reply

afzalsukasuki January 22, 2013 at 09:45

err aku rasa setiap pusat pengajian.. baik tinggi atau rendah ada kes2 cenggini, tapi aku rasa tak payah kot nak published dalam media.

Sekolah aku pon banyak hantu.. dorang taknak temubual aku ke?huhu

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: