HARGA IKAN DI PASARAN MELAMBUNG NAIK 3 KALI GANDA

by abgteror on December 16, 2011

in Berita

HARGA IKAN DI PASARAN MELAMBUNG NAIK 3 KALI GANDA | Harga ikan kembung di Pasar Besar Alor Setar melambung daripada RM3 kepada RM10 sekilogram, malah ada beberapa kawasan sehingga RM12 sekilogram, sejak sebulan lepas yang didakwa disebabkan bekalan tidak mencukupi.

Cuaca yang tidak menentu menyebabkan nelayan tidak dapat ke laut. Sebelum ini dia boleh mendapat sehingga 500 kilogram sehari tetapi kini hanya memperoleh 60kilogram. Harga dari peraih RM8.50 menyebabkan peniaga terpaksa jual RM10. Keuntungan berkurangan tidak seperti sebelum ini kerana pelanggan enggan membeli banyak.

Ada diantara pelanggan yang mengetahui situasi semasa harga ikan tidak merungut malah hanya membeli pada kuantiti yang sedikit tidak seperti sebelumnya tetapi diharap harga ikan itu akan kembali normal setelah bekalan mencukupi. Rata-rata pelanggan membeli pada kuantiti yang sedikit tidak seperti sebelum ini yangmembeli tiga hingga lima kilogram.

Tinjauan di Pasar Pekan Tokai di Pendang pula mendapati rata-rata peniaga terpaksa menjual ikan kembung pada harga RM12 sekilogram disebabkan harga yang dibeli dari peraih terlalu tinggi iaitu RM9.50 sekilogram. Hasil jualan sejak sebulan lalu menurun memandangkan pelanggan mula beralih kepada makanan lain yang lebih murah.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror