HARGA MINYAK RON97 TURUN 20 SEN | Berita baik buat pengguna minyak petrol RON97 apabila ianya akan diturunkan mulai esok. Harga jualan runcit minyak petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa pada Khamis.
Harga minyak petrol RON97 diturunkan berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun.Dengan penurunan harga minyak RON97 dunia, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula Khamis.
Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran. Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lepas.
HARGA MINYAK RON97 TURUN 20 SEN,











{ 0 comments… add one now }