IMPIAN SAFEE SALI UNTUK BERSAMA CARDIFF CITY | “SAYA rasa sudah melakukan yang terbaik dan berasa cukup gembira. Saya telah berusaha keras tetapi tidak begitu mengharap sangat kerana sedar tentang masalah permit kerja. Apa pun saya masih berharap dapat beraksi di Cardiff. Saya benar-benar mahu menyertai Cardiff City”.
Saya sangat seronok dengan corak latihan di sini. Pemain-pemain Cardiff City juga baik dengan saya. Terasa kehadiran saya ke sini begitu dihargai. Ia pengalaman baru bagi saya. Tahap bola sepak di sini jauh berbeza. Mackay pula seorang pengurus yang baik, seorang yang cukup jujur dan senang untuk berkerja, kata Safee.
Pemain kelahiran Kajang, Selangor itu akan menjalani latihan terakhir hari ini sebelum berlepas pulang esok dan tiba di tanah air pada Rabu. Tambah Safee lagi: Apa pun yang terjadi pada masa akan datang, pengalaman dua minggu di Cardiff ini akan memberi impak besar dalam karier bola sepak saya.



















{ 0 comments… add one now }