INFO BANJIR 2011/2012 | JPS PERKENAL LAMAN WEB PUBLIC INFOBANJIR

by abgteror on December 25, 2012

in Bencana

INFO BANJIR 2011/2012 | JPS PERKENAL LAMAN WEB PUBLIC INFO BANJIR | Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memperkenalkan aplikasi terbaru laman web “Public InfoBanjir” bagi menyampaikan maklumat dan amaran awal kepada orang ramai ketika berdepan dengan bencana banjir yang dijangka dihadapi pada musim tengkujuh ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup, berkata sistem penyediaan maklumat ini penting untuk memastikan orang ramai lebih bersedia dan peka ketika menghadapi banjir terutamanya melibatkan kawasan-kawasan yang berisiko tinggi. “Dengan adanya informasi ini masyarakat dapat membuat persediaan awal sebelum berlakunya banjir,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ketua Pengarah JPS, Datuk Ir Ahmad Husaini Sulaiman berkata, sistem ini lebih memberi pendekatan kepada masyarakat untuk lebih mengenali tanda-tanda banjir. “Maklumat yang ada pada laman web ini dibuat secara terus, bermakna masyarakat akan mengetahui bila bencana banjir yang berlaku malah segala amaran ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. “Ini kerana terdapat sesetengah kawasan yang berisiko tinggi dilengkapi dengan kamera yang dipasang untuk memberi gambaran yang jelas kepada masyarakat,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bencana banjir hanya perlu menaip ‘Public InfoBanjir‘ di internet malah turut terdapat di Facebook’ atau Twitter. Selain itu, Ahmad Husaini berkata, MSMA edisi kedua adalah penambahbaikan kepada satu manual untuk mudah dirujuk dan difahami oleh golongan perunding dan jurutera yang terlibat dalam bidang sistem saliran bagi kawasan-kawasan pembangunan. “MSMA sebelum ini mempunyai 20 jilid kini… kita buat dalam satu buku sahaja, dengan adanya edisi ke-2 ini lebih lengkap dan dapat meningkatkan sistem saliran air negara,” katanya.

—–>KLIK SINI UNTUK MENGAKSES PUBLIC INFOBANJIR

public infobanjir, jps info banjir, info banjir jps, laman web public info banjir, publicinfobanjir.gov.com, www.publicinfobanjir.com, ketua pengarah jps malaysia, Datuk Ir Ahmad Husaini Sulaiman, amaran awal banjir, sistem amaran banjir, flood alert jps malaysia

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
INFO BANJIR 2011/2012 | JPS PERKENAL LAMAN WEB PUBLIC INFOBANJIR, 10.0 out of 10 based on 1 rating
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 1 comment… read it below or add one }

phat December 26, 2012 at 10:31

tq bro kongsi bende yg bagus

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror