ISMAIL HARON MENINGGAL DUNIA

by abgteror on April 9, 2012

in Hiburan

ISMAIL HARON MENINGGAL DUNIA | Takziah abgteror ucapkan buat keluarga penyanyi Singapura yang popular di negara ini sekitar tahun 70-an, Ismail Haron, 66, meninggal dalam tidur di kediaman kakaknya, Hamidah di Jurong West, kira-kira jam 2 petang tadi. 

Ismail yang masih solo mula memancing perhatian peminat muzik sejak akhir 1960-an dengan beberapa dendangan popular termasuk Ilham Pujangga selain menjadi rakan duet Anita Sarawak membawakan lagu versi saduran seperti La Au Be dan Mustafa.

Pada zaman kegemilangannya, anak seni yang bakal meraikan ulang tahun ke-66, 13 Mei ini mengambil keputusan berhijrah ke Australia pada awal 70-an dan hanya kembali ke tanah air sekitar 2000.

Kali terakhir Ismail mengadakan persembahan di Singapura pada 2011 manakala di Malaysia pula kunjungan terakhir kira-kira dua tahun lalu ketika diundang menjayakan Konsert DiRaja di Kuala Perlis. Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Jurong, Singapura.

Semoga Allah menempatkan Allahyarham dikalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH…

Sumber: Bintang Sensasi

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +3 (from 3 votes)
ISMAIL HARON MENINGGAL DUNIA, 10.0 out of 10 based on 1 rating

{ 2 comments… read them below or add one }

mhd A Ali April 12, 2012 at 07:04

Ismail Harun ke K.Lumpur ia lah pada tahun 2011 atas undangan kraff tangan serta RTM

Reply

abgteror April 12, 2012 at 11:06

thanks Tuan atas perkongsian maklumat tersebut…

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: