JULIA PEREZ MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEMALANGAN SATU FITNAH | Khabar angin yang tersebar mengatakan dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini menyebabkan artis seksi Indonesia, Julia Perez berang kerana beranggapan ia bukanlah satu perkara yang boleh dibuat bahan gurauan seperti dipetik laporan Kapan Lagi.
“Berita kematian bukanlah satu perkara yang boleh dimain-mainkan. Khabar angin ini sudah tersebar di BlackBerry Messenger (BBM),” ujar pelakon dan penyanyi berusia 31 tahun ini ketika ditemui di pra-tonton filem terbarunya, “Rumah Bekas Kuburan” di Planet Hollywood, Gatot Subroto, Jakarta Selatan.
Malah kekasihnya yang merupakan pemain bola dari Argentina, Gaston Castano turut terkait dalam khabar angin tersebut. Walaubagaimanapun pemilik nama Yuli Rachmawati ini menganggap ia adalah doa panjang umur daripada mereka yang tidak menyukainya.
“Kita anggap saja ia adalah doa panjang umur buat saya. Saya beritahu begitu juga kepada Gaston. Yang pasti, ada yang tidak menyukai dengan apa yang saya lakukan,” tuturnya lagi.
Malah Julia merasakan berita tersebut membuatkan dirinya lebih khusyuk beribadah.
“Pastinya saya akan lebih berhati-hati dan rajin beribadah seperti solat dan mengaji. Malah di iPad saya mempunyai bacaan Al-Quran,” akhiri bintang “Kuntilanak Kesurupan” ini.
Dalam pesanan berantai BBM yang tersebar itu mengatakan, “Julia meninggal dunia di tempat kejadian di Jalan Tol Darmo Satelit KM46. Dia bersama teman lelakinya, Gaston Castano yang sedang menuju ke Bandara Internasional Juanda untuk bertolak ke Jakarta. Gaston mengalami patah tulang tetapi masih dapat diselamatkan. Khabarnya teksi yang dinaiki mereka telah melanggar sebuah trak. Ketika berita ini disampaikan, mangsa telah meninggal dunia dan jenazah dibawa ke Rumah Sakit RKZ Surabaya.”
JULIA PEREZ MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEMALANGAN SATU FITNAH,












{ 1 comment… read it below or add one }
waw SeReM dEh DaN tErHaRu JuGa SiH
SaYa PuNyA pEsEn BuAt tEmEn tEmEn
AgAr bErHaTi hAtI yA aGaR tIdAk tErJaDi
SePeRtI iTu yA