KAD DISKAUN ANGGOTA KESELAMATAN | 1MALAYSIA PRIVILEGE CARD | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa melancarkan kad diskaun anggota keselamatan atau dikenali 1Malaysia Privilege Card untuk anggota pasukan polis dan tentera. Sejumlah 241,000 pegawai dan anggota yang berkhidmat akan menerima kad yang menawarkan diskaun antara lima peratus dan 25 peratus.
Setakat ini 20 syarikat termasuk Mydin, KFC, Jakel Trading, Al-ikhsan dan BHPetrol kepada kira-kira 241,000 pegawai dan anggota polis serta tentera. Najib berkata inisiatif itu untuk mengiktiraf pengorbanan dan komitmen anggota polis dan tentera. Beliau berkata dengan diskaun yang ditawarkan, ia akan membesarkan pendapatan boleh guna mereka.
Syarikat yang mengambil bahagian akan ditambah dari semasa ke semasa dan pemegang kad boleh mendapatkan senarai di laman web www.1mprivilege.my.
DAFTAR SEKARANG!!!
KAD DISKAUN ANGGOTA KESELAMATAN | 1MALAYSIA PRIVILEGE CARD,


















{ 8 comments… read them below or add one }
Salam 1 Malaysia..erm..betul la..ari tu pegi KFC Maluri pon diorang tak nak accept kad tue..macam2 alasan aaa..last2 bagitau privilege kad tue hape…aduyaiiiii…mydin bley accept tapi kener ader tuan nyer kad tue sekali..sebab kener tunjuk ic atm tue…tue pon samer gak…encik2 askar nie maner ader nak join gi bli barang kalu lunch time hari bekerja..payah aaaa…ader kemudahan tapi still tak leh guner…aper cerrrrrr
Hmmmmm berapa ramai anggota keselamatan yang mampu berbelanja di focus point, hotel royal bintang, jakel, tune hotel, legoland, fujihomes, genting???? Ini semua tempat yang hanya kehendak hati kita…Mana tempat yang mempunyai keperluan kita seharian??
(1Malaysia Privilege Card (1MPrivilege)
merupakan satu inisiatif dibawah Strategi Lautan Biru Nasional 6 (NBOS6) yang diilhamkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk memberi keistimewaan (privilege) kepada anggota tentera dan polis yang sedikit sebanyak dapat meringankan kos perbelanjaan harian. )
mungkin lbih tepat hanya untuk anggota keselamatan yang berpangkat besar….
Hmmmm yang itu saya setuju sangat2…cuba kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan apa kepentingan kad tersebut..
semlm saya nk try guna kad di tesco,,tapi xdapt guna sbb diaorg pun xtahu kewujudan kad tue,,,hurmmmmmmmm
SAYA PEGI KFC MAJU JUNCTION 1Malaysia Privilege Card INI TAK DITERIMA. USAHA KERAJAAN UNTUK MEMBANTU ANGGOTA KESELAMATAN SUKAR KERANA STAF KFC TAK TAHU WUJUDNYA KAD INI
yang tu terus kene semak senarai kedai dan restoran yang bekerjasama dengan kad tu. ada dipaparkan dalam laman web. Bukan semua tempat terima. Jika ada dalam senarai sila buat aduan dengan pengeluar kad atau dimana anda mohon. Terima kasih
kad ni nak penuh dlm dompet je, bukan nya untuk digunakan shopping dan ape jadahnye lagi tu, tengok dlm iklan senarai tu banykkkkkk tapiharap tinggal kurap je.