KAD RAYA 2012 DIJAMIN SAMPAI SEBELUM HARI RAYA | POS MALAYSIA

by abgteror on August 18, 2011

in Rakyat

Pos Malaysia memberi jaminan kad ucapan raya atau kad raya yang diposkan selewat-lewatnya pada 24 Ogos akan sampai kepada penerima kad raya sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada 30 Ogos ini. Ketua Pusat Mel Nasional, Othman Abdullah, berkata Pos Malaysia mengambil kira-kira 50 pekerja sementara di seluruh negara bagi melicinkan pemprosesan penghantaran kad raya ke semua destinasi selain membekukan cuti pekerja bagi memastikan penghantaran kad ucapan dilakukan mengikut jadual.

Bagi mereka yang menghantar kad ucapan raya selepas tarikh berkenaan bagaimanapun tidak perlu bimbang kerana Pos Malaysia tetap akan memastikan ia sampai kepada penerima, katanya ketika memberikan taklimat media mengenai pemprosesan kad raya di Pusat Mel Nasional di sini, hari ini. Berdasarkan rekod tahun lalu, daripada 5.11 juta keping kad ucapan raya yang dihantar, Lembah Klang mencatatkan jumlah penghantaran tertinggi iaitu pada kadar 57 peratus.

Pos Malaysia mensasarkan peningkatan dua peratus bilangan penghantaran kad raya pada tahun ini terutamanya dengan pengenalan kempen satu kadar rata bagi kad ucapan perayaan sejak 1 Ogos lalu. Kadar rata serendah 50 sen dikenakan bagi setiap penghantaran kad ucapan perayaan yang tidak melebihi berat 50 gram bagi tempoh sehingga 31 Januari tahun depan.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 4.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
KAD RAYA 2012 DIJAMIN SAMPAI SEBELUM HARI RAYA | POS MALAYSIA, 4.0 out of 10 based on 1 rating

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: