KADAR CARUMAN KWSP MAJIKAN LEBIH TINGGI | JANUARI 2012

by abgteror on December 27, 2011

in Rakyat

KADAR CARUMAN KWSP MAJIKAN  LEBIH TINGGI | JANUARI 2012 | Kadar Caruman KWSP Majikan Lebih Tinggi Untuk Pekerja Berpendapatan RM5 Ribu Ke Bawah Berkuatkuasa Gaji Januari 2012. Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menerima gaji bulanan tidak melebihi RM5,000 akan menerima rangsangan dalam simpanan persaraan mereka apabila kadar caruman berkanun bahagian majikan dinaikkan kepada 13 peratus berkuatkuasa gaji Januari 2012.

Kenaikan satu peratus daripada kadar semasa 12 peratus akan memberikan faedah kepada 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja, 92 peratus daripadanya adalah ahli aktif KWSP. Sementara itu, caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus.

Pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji tidak melebihi RM5,000 juga akan menikmati manfaat ini apabila majikan mereka diwajibkan mencarum 6.5 peratus atau tambahan 0.5 peratus daripada kadar semasa 6 peratus manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5 peratus.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan kenaikan caruman majikan untuk pekerja dalam kumpulan pendapatan ini semasa Ucapan Bajet 2012 sebagai langkah untuk menangani masalah ketidakcukupan pendapatan semasa bersara yang dihadapi pesara kini. Kajian sebelum ini menunjukkan 70 peratus pesara akan menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun dari mula mereka bersara dan masalah ini akan bertambah serius kerana kadar inflasi semakin meningkat dan bertambahnya jangka hayat rakyat Malaysia.

Adalah dimaklumkan kadar baru caruman syer majikan bagi pekerja-pekerja yang menerima upah/gaji bulanan RM5,000.00 dan ke bawah akan berkuat kuasa mulai upah/gaji bulan Januari 2012 (caruman Februari 2012). Kadar baru caruman KWSP syer majikan ini melibatkan dua kategori pekerja seperti berikut:

  • Pekerja yang berumur kurang dari 55 tahun
    Kadar  baru caruman syer majikan  adalah 13% (kenaikan 1%); tertakluk kepada jumlah upah/gaji dalam Bahagian A, Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991
  • Pekerja yang berumur 55 tahun dan ke atas sehingga 75 tahun
    Kadar baru caruman syer majikan adalah 6.5%; tertakluk kepada jumlah upah/gaji dalam Bahagian C, Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror