KADAR INSURAN KENDERAAN BERMOTOR DISELARAS BAGI TAHUN 2012

by abgteror on January 7, 2012

in Rakyat

KADAR INSURAN KENDERAAN BERMOTOR DISELARAS BAGI TAHUN 2012 | BANK Negara Malaysia akan menyelaraskan kadar premium tarif motor secara berperingkat mulai 16 Januari ini dengan jaminan bahawa kesannya terhadap orang awam serta perniagaan adalah kecil. Bank pusat itu berkata, pelarasan yang hanya membabitkan jumlah yang kecil itu, akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun.

“Ia pelarasan kali pertama kerana kadar premium itu tidak pernah dikaji semula dalam tempoh lebih 30 tahun, sekali gus menyebabkan orang ramai berdepan dengan beberapa kesulitan, khususnya ketika membuat tuntutan.

“Sepanjang tempoh itu juga, bilangan pemilik kenderaan, kadar kemalangan dan tuntutan insurans di Malaysia didapati meningkat dengan nyata.

“Selain itu kos rawatan hospital, perbelanjaan perubatan dan kos membaik pulih kenderaan serta alat ganti juga turut meningkat,” katanya menerusi satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Sebagai contoh, apabila diselaraskan kelak, perlindungan pihak ketiga bagi premium insurans motosikal yang memiliki kapasiti 110 cc akan hanya mengalami kenaikan antara RM1 hingga RM3.50 setiap tahun atau maksimum 30 sen setiap bulan dalam tempoh empat tahun. Bagi kereta persendirian yang memiliki kapasiti 1,400 cc, pelarasan premium adalah antara RM6 hingga RM34 setiap tahun atau maksimum RM2.80 setiap bulan dalam jangka masa yang sama.

Untuk kenderaan perdagangan seperti teksi luar bandar dan bas, kesan daripada pelarasan premium terhadap penumpang juga adalah kecil, iaitu kurang daripada 10 sen bagi setiap penumpang dan setiap perjalanan.

Bank Negara berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai rangka kerja itu boleh menghubungi bank pusat di TELELINK: 1-300-88-5465 atau melayari www.insuranceinfo.com.my, selain mengemukakan pertanyaan kepada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) atau penanggung insurans individu.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 1 comment… read it below or add one }

Blog Berita Online January 7, 2012 at 19:28

ini bukan pelarasan tapi kenaikan harga insurans. adui. nak kena pakai duit lagi :(

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror