Kakitangan Awam Sekarang Dah Boleh Mohon Cuti HRMIS Melalui SMS??? Canggih

by abgteror on August 13, 2011

in Penjawat Awam

Assalamualaikum dan salam satu Ramadhan. Sempena nak menyambut Hari Raya yang rasanya tak berapa lama lagik jea nie, cuti amacam? Dah mohon? Kalau belom kene la apply awal-awal nie. Mana la tau tetiba jea bos korang dengki tanak kasi cuti. Tak ke naya. Tak pasal-pasal beraya kat KL sorang-sorang. Tangkap leleh beb. abgteror dah banyak kali jumpa membe-membe yang tak dapat balik beraya nie. Call jea terus kasik dengar itu lagu Satu Hari Di Hari Raya dendangan M. Nasir. Kalau telefon tuh leh wat enzim-enzim badan leh tranfer ke pihak sebelah sana gerenti da kene penerajang. So, perkhidmatan HRMIS skang nie dah boleh apply secara sms. Tak caye? Betullll…….bulan-bulan posa nie takan la abgteror nak menipu pulak. Cara dia pun mudah jea. Syarat pun tak ketat mana. Kira masa membeli kat bazar Ramadhan pun korang leh apply cuti korang. Caranya camne? Ikut la step mudah kat bawah nie yea.

Permohonan Cuti HRMIS melalui Perkhidmatan mySMS JPA bermula pada 03 Ogos 2011. Format penghantaran untuk menggunakan perkhidmatan mySMS tersebut adalah seperti berikut:


Permohonan cuti rehat HRMIS melalui SMS Syarat:

1) Nombor tel. telah didaftarkan di dalam HRMIS.
2) Tarikh cuti yang dimohon tidak ‘backdated’.
3) Aliran kerja LV001 dan LV002 lengkap.

 

Taip JPA HRMISCUTI <NO. KAD PENGENALAN BARU><TARIKH MULA DDMMYYYY> <TARIKH AKHIR DDMMYYYY>

(Contoh: JPA HRMISCUTI 123456789012 19082011 20082011)

SMS ke 15888


Selamat bercuti dari abgteror buat semua.

No related content found.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

Contact-Penafian-SiteMap@abgteror