KELANTAN VS AREMA INDONESIA IPL – AFC CUP 4 APRIL 2012

by abgteror on April 4, 2012

in Sukan

KELANTAN VS AREMA INDONESIA IPLKelantan bakal menjadi tuan rumah kepada Arema Indonesia IPL dalam perlawanan ketiga kumpulan H, Piala AFC di Stadium Sultan Mohammad IV malam ini.

Bagi mereka yang ingin menonton Live Streaming Kelantan vs Arema Indonesia 4 April 2012, anda boleh menonton di arrowTV1 Online Streaming dan juga di arrowAsyik TV Online (Klik TV1).

Pendahulu Liga Super Malaysia, Kelantan kelihata tidak sabar-sabar untuk bertempur selepas menewaskan Felda United 5-1 pada hari Sabtu dalam satu persediaan untuk mengalahkan pasukan Liga Indonesia itu. Arema sedang mencari kemenangan pertama mereka dalam pertandingan ini selepas mencatatkan keputusan seri dengan Ayeyawadi United dan kehilangan mata terhadap Navibank Sai Gon.

The Red Warriors mungkin akan menghadapi Arema tanpa penyerang sensasi mereka, Norshahrul Idlan Talaha, yang kini sedang mengalami cederaan. Walau bagaimanapun, terdapat khabar angin tersebar bahawa Norshahrul akan kembali untuk perlawanan ini.

Tanpa Khairul Fahmi Che Mat yang kini sedang cedera, Mohd Shahrizan Ismail dijangka menyambung tugas beliau. Shahrizan telah membuktikan keupayaannya, hanya dibolosi dua gol dalam lima perlawanan terakhir.

Dapatkah Kelantan meneruskan rentak kemenangan? Ayo! Gomo Klate Gomo!!

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
KELANTAN VS AREMA INDONESIA IPL - AFC CUP 4 APRIL 2012, 10.0 out of 10 based on 1 rating

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: