KELANTAN VS PERAK 17 MAC 2012 LIGA SUPER 2012

by abgteror on March 17, 2012

in Sukan

Malam ini bakal berlangsungnya perlawanan Liga Super diantara Kelantan vs Perak yang akan bersiaran langsung dari TV1. Bagi yang tidak dapat menyaksikan perlawanan dikaca tv anda, anda boleh menonton secara live streaming pada link yang abgteror berikan.

Jurulatih Kelantan Bojan Hodak tetap bersikap Optimis berdepan pasukan Perak FA walaupun tanpa kelibat Penyerang utama kebangsaan iaitu Norshahrul Idlan Talaha yang masih belum cergas sepenuhnya selepas mengalami kecederaan.

Tanpa Shahrul Idlan yang kemungkinan diketepikan, Bojan dilihat bakal mencorakkan perubahan taktikal untuk berhadapan dengan anak buah Norizan Bakar malam ini.

Perubahan taktikal tersebut akan lebih menekankan bahagian Serangan serta Pertahanan dan besar kemungkinan Indraputra Mahyuddin bakal bermain sebagai penyerang bagi menggantikan Norshahrul Idlan Talaha.

“Kita adalah pasukan yang menghuni tangga teratas Liga dan kita lebih baik berbanding pasukan lain” Jelas Bojan Hodak.

Beliau juga mengganggap Perak adalah lawan yang sukar dijinakkan dan berharap pasukan The Red Warriors akan meraih keputusan positif di Stadium Ipoh nanti.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyokong pasukan kegemaran anda yang turut bersaing malam ini. Keputusan penuh kesemua perlawanan yang berlangsung akan diupdate dari masa ke semasa.

LIVE STREAMING

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
KELANTAN VS PERAK 17 MAC 2012 LIGA SUPER 2012, 10.0 out of 10 based on 1 rating

{ 2 comments… read them below or add one }

nURL March 17, 2012 at 18:05

harap2 Perak akan menang.. kejor yoep kejor

Reply

abgteror March 17, 2012 at 19:21

Teman pun duduk lama dekat lumut….tapi ore tino kawe plop ore klate….adoyaiiii

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: